Khasiat Rosella.

Manfaat bunga Rosella secara traditional boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi (menstabilkan tekanan darah), kolesterol, batuk, panas dalam, jantung, juga melancarkan peredaran darah, melancarkan kencing dan juga buang air besar.

image

(Dikatakan baik untuk insomnia)

image

(saya suka minuman ini, tidaklah rasa masam sangat. Masukkan 2 kuntum kedalam 1 cawan air panas, tutup cawan dan biarkan selama 5 minit. Kalau suka manis, masuk kan madu ketika air suam.(cubalah elak atau kurangkan pengambilan gula, kerana kesannya tidak baik untuk kesihatan badan.)

Minuman ini dikatakan sebagai tonik yang menyegarkan.  Mengontrol berat badan (bagus jugak ni, kalau tak boleh slim sekurang2nya boleh maintain!! )dan memperbaiki pencernaan. Ada mengatakan boleh cerahkan kulit ( boleh percaya ke?? )

Khasiat Chlorella

Kenapa perlu detox? Para penyelidik dan pakar penjagaan kesihatan bersetuju untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan badan, detox adakah satu cara berkesan untuk memulihkan tenaga dan kekal sihat, insyaAllah.

image
Chlorella mampu menyahkan bahan toksik dari badan.

Chlorella mengandungi sumber tertinggi klorofil. klorofil membantu dalam pencegahan penyebaran kanser dengan meningkatkan pengambilan oksigen, oleh itu menggalakkan pembiakkan sel2 darah. Ia juga menguatkan fungsi hati dan meningkatkan keupayaan untuk menghapuskan kulat, bakteria dan racun. Kandungan nutrien yang tinggi boleh membantu untuk mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit seperti masalah yis faraj, alahan, anemia, asma, radang paru2, kemurungan, ketidakseimbangan hormon, gout, artritis, tekanan darah tinggi, kolesterol, ulser, kencing manis dan penyakit degeneratif yang di kaitkan dengan penuaan.

Chlorella juga dapat membantu penghadaman dan serapan makanan. Diet yang kaya dengan daging dan lemak, tekanan dan pencemaran memberi kesan asidik terhadap darah dan menyumbang kepada masalah kesihatan. Sebagai salah satu makanan yang paling alkali, chlorella mempunyai keupayaan untuk mengimbangi tahap pH dengan meneutralkan badan menjadi kurang asidik kepada sedikit beralkali.
image
Selain daripada informasi dari buku ini saya rujuk juga di internet…

chlorella di katakan dapat merangsang sistem imun dan sebagai makanan tenaga untuk mencegah dan menghalang penyebaran kanser, dengan menyediakan semua nutrien yang di perlukan untuk menjalani kehidupan yang sihat….

Khasiat Bawang Putih

Ramai yang tidak sanggup makan bawang putih mentah kerana bau yang tidak menyenangkan pada mulut dan juga nafas. Namun begitu khasiat bawang putih amat dikagumi. Terlalu banyak manfaat untuk tubuh badan.

image

Adakah khasiat bawang putih akan berkurangan atau hilang sekiranya dimasak? Ada yang mengatakan ya dan tidak.
Terdapat enzim didalam bawang putih yang akan musnah sekiranya dimasak kerana enzim2 ini tidak akan mampu bertahan dengan suhu panas yang tinggi. Namun begitu bagaimana dengan kandungan vitamin, mineral dll?
Yang pasti tidak akan sama keberkesanan yang masak dan yang mentah pada tubuh badan. Kerana enzim memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan.

Bagaimanakah cara menghilangkan bau mulut dan nafas? Boleh kunyah bunga cengkih atau daun pasley.

Khasiat? Meningkat kadar kolesterol hdl dan menurunkan  ldl. Membantu proses pencernaan, mengeluarkan tosik, dapat menurun kadar gula dalam darah, mencairkan darah, mencegah penyakit jantung dan pengerasan arteri, melarut lemak, meningkat sistem imun, mencegah kanser, melancar buang air kecil, merawat selsema, lelah, mencairkan kahak dan banyak lagi.
image
(Buku ini juga saya gunakan untuk sebahagian rujukan)

Cara mengambil,
2 atau 3 ulas sehari semasa makan,
1/2 atau 1 sudu teh jus bawang putih dicampur dengan madu lebah atau air.
Kalau rasa tak sanggup nak makan mentah boleh lah beli yang kapsul.
Terdapat dijual di Farmasi, Guardian, Vitacare dan supermarket.

Semoga catatan diatas dapat membantu meningkatkan kesihatan. Selamat mencuba, insyaAllah tiada kesan sampingan, tapi bagi mereka yang mengambil ubat darah tinggi atau kencing manis dapatkan nasihat doktor sekiranya bercadang mengambil bawang putih dalam bentuk kapsul.