Kosmetik boleh menyebabkan kanser?

Tahukah anda bahawa paraben boleh menyebabkan kanser?

Saya ada membaca artikel yang mengatakan bahawa paraben yang digunakan secara meluas sebagai pengawet dalam pelbagai kosmetik dan produk makanan mempunyai ciri-ciri estrogenik. Saintis telah lama mengetahui bahawa estrogen merupakan salah satu hormon yang boleh menyebabkan kanser payudara. Kini, penyelidik telah menemui hubungan langsung antara paraben dan kanser payudara. Satu kajian di dalam jurnal toksikologi, Mac 2012 mendedahkan paraben esters terdapat dalam 99% sampel tisu kanser payudara.

Ini membimbangkan kerana banyak barang kosmetik mengandungi paraben. Selalunya bila saya nak beli alat kosmetik, biasanya saya checklah juga label yang ditulis tu, tapi taklah faham sangat sebab kebanyakkannya nama-nama teknikal dan dipatenkan untuk variasi ramuan. Tak pernah tahu yang bahan-bahan seperti paraben ni boleh menyebabkan kanser

Penemuan ini adalah penting kerana kulit adalah organ yang terbesar yang boleh menyerap semua bahan yang diletakan padanya. Paraben yang paling biasa digunakan dalam produk kosmetik ialah methylparaben, propylparaben dan butylparaben. Paraben boleh didapati  dalam pelbagai produk pengguna seperti deodoran, syampu, losyen, kosmetik, ubat-ubatan dan aditif makanan. Oleh itu, cara terbaik untuk memastikan produk penjagaan badan tidak mengandungi paraben adalah dengan membaca label produk tersebut.

Lepas ni saya kena lebih berhati-hati dalam memilih kosmetik.

“Prevention is better than cure”

Rujukan:

99% breast cancer patients have parabens in their body

Nitrat dan Nitrit

Sedekad yang lalu, garam digunakan sebagai bahan pengawet, tapi kini banyak pengeluar makanan mula menggunakan bahan pengawet Natrium Nitrat dan Natrium Nitrit kedalam makanan yang diproses seperti daging, ayam dan ikan bagi tujuan mengekalkan warna, agar kelihatan segar dan tahan lama di samping tujuan mengurangkan atau mencegah pertumbuhan bakteria, kulat dan ragi yang mengakibatkan makanan menjadi busuk dan basi.

Bahan pengawet ini bersifat toksin bila diambil dalam jumlah yang berlebihan. Dikatakan semasa proses penghadaman bahan ini akan bertukar kepada nitrosamines yang mempunyai sifat karsinogen, boleh memudharatkan kesihatan. Kesan pengawet ini boleh menyebabkan sakit perut, penafasan tidak teratur, mencetus migrain, loya, muntah, memudharatkan lapisan perut, esofagus dan mulut, sawan dan lebih serius lagi meningkat risiko kanser, kencing manis, penyakit jantung dan koma.

Bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini berlaku, sebaik2nya kita tidak mengambil makanan2 yang mengandungi bahan pengawet ini. Tapi kalau tak boleh, kurangkanlah sebaik mungkin. Semasa membeli makanan, seboleh2nya kita cuba dapatkan makanan yang segar dan organik,   pastikan tarikh luput makanan dan ikutlah cara penyimpanan makanan dengan betul kerana gagal berbuat demikian, badan kita akan menanggung pelbagai risiko penyakit.

Dikatakan banyak jenis penyakit boleh dicegah dengan perubahan dalam diet dan gaya hidup….