Sedekad yang lalu, garam digunakan sebagai bahan pengawet, tapi kini banyak pengeluar makanan mula menggunakan bahan pengawet Natrium Nitrat dan Natrium Nitrit kedalam makanan yang diproses seperti daging, ayam dan ikan bagi tujuan mengekalkan warna, agar kelihatan segar dan tahan lama di samping tujuan mengurangkan atau mencegah pertumbuhan bakteria, kulat dan ragi yang mengakibatkan makanan menjadi busuk dan basi.
Bahan pengawet ini bersifat toksin bila diambil dalam jumlah yang berlebihan. Dikatakan semasa proses penghadaman bahan ini akan bertukar kepada nitrosamines yang mempunyai sifat karsinogen, boleh memudharatkan kesihatan. Kesan pengawet ini boleh menyebabkan sakit perut, penafasan tidak teratur, mencetus migrain, loya, muntah, memudharatkan lapisan perut, esofagus dan mulut, sawan dan lebih serius lagi meningkat risiko kanser, kencing manis, penyakit jantung dan koma.
Bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini berlaku, sebaik2nya kita tidak mengambil makanan2 yang mengandungi bahan pengawet ini. Tapi kalau tak boleh, kurangkanlah sebaik mungkin. Semasa membeli makanan, seboleh2nya kita cuba dapatkan makanan yang segar dan organik, pastikan tarikh luput makanan dan ikutlah cara penyimpanan makanan dengan betul kerana gagal berbuat demikian, badan kita akan menanggung pelbagai risiko penyakit.
Dikatakan banyak jenis penyakit boleh dicegah dengan perubahan dalam diet dan gaya hidup….
Betul kata puan..kalau tgk barang2 makanan yg trletak susun atas rak di supermarket etc..brg makanan semuanye boleh dkatakn ada pengawet, yg tanpa pengawet susah nk dpt dah!