Puding Prun dan Mangga

Tengah hari semalam saya masak puding prun dan mangga.

image
1 mangkuk mangga (3 biji), 10 biji prun dan 1 kotak santan kara tanpa kolesterol

image
1 tbsp mentega

image
2 cawan air + 3 tbsp gula + buah prun yang di hiris kasar + garam + butter, di masak dengan api yang sederhana sehingga prun kembang dan kemudian masukkan mangga. Biarkan atas api selama 5 minit (kecilkan api).

image
2 tbsp tepung beras + santan. kacau sebati

image

Masukkan adunan santan. kacau hingga masak.

image
hmm….oleh kerana puding ini mengandungi buah mangga, saya suka sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan.. ..

Nampak suami makan dengan penuh asyik! 🙂

Khasiat Buah Prun

Mengapa prun baik untuk kesihatan? Kerana keupayaannya melegakan sembelit dan dengan itu boleh mencegah badan daripada mendapat penyakit.

Sembelit memberi kesan kepada sistem penghadaman secara keseluruhan… pergerakan usus yang tidak teratur, akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kerana kolon menjadi tempat pembiakan bakteria dan parasit. Ini boleh memberi pelbagai masalah kepada seluruh badan, seperti melemahkan sistem imun, menyebabkan ketegangan yang berlebihan pada organ perkumuhan yang lain seperti limpa, kulit, hati, buah pinggang dan paru paru. Ia akan menyebabkan metabolisme menjadi perlahan dan tahap tenaga menjadi rendah, kesannya rasa lesu, keletihan, perubahan mood, gangguan tidur dan demam

image

Selain mengatasi masalah sembelit, prun juga baik untuk kesihatan kardiovaskular, mengurangkan risiko kanser, osteoporosis, menormalkan tekanan darah, mengawal denyutan jantung, mencegah katarak dan mencegah pembentukan plak dalam arteri kerana terdapat kandungan antioksidan yang tinggi di dalamnya.