Puding Bakar

Baru-baru ini saya masak puding mangga roti bakar sebagai hidangan makan petang hari…

Puding ini memang sedap jika dimasukkan banyak isi mangga yang manis ranum. Saya suka dinginkan puding dalam peti ais sebab bagi saya ia enak dimakan bila sejuk.
Asalnya saya nak buat sos untuk dimakan dengan puding bakar ini tapi kata anak-anak, tak perlu sebab dah sedap makan gitu saja. Maka puding ini pun dijamu tanpa sos, hehe..

image

Panaskan oven pada suhu 190°C

Bahan-bahan:
1) 4 keping roti gardenia dipotong dadu
2) 1 biji buah mangga yang besar dan ranum di potong kecil-kecil
3) 3 sudu besar gula molasses/merah (gula pasir biasa pun boleh)
4) 1 tin susu sejat/ ideal milk (390g)
5) 1/2 sudu teh garam
6) 2 sudu besar tepung gandum & 2 biji telur dipukul sebati dan ditapis
7) 1 sudu besar minyak zaitun

Caranya:
1) Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan gaul sebati
2) Biarkan 10 minit
3) Gaul rata dan kemudian masukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak
4) Bakar selama 25 minit atau sehingga masak kekuningan

Puding Shiitake

As-salamu ‘alaykum wa rahmatullah

Jom mulakan hari anak-anak dengan sarapan pagi yang sihat. Sarapan sihat akan membantu mereka sentiasa segar dan cergas. 🙂

PUDING SHIITAKE
image

image

Panaskan oven 200°C

1) 1 ubi kentang diparut, perah buang airnya
2) 1 batang carrot diparut
3) 4 cendawan shiitake segar dibuang batang dan dihiris nipis
4) 1 biji tomato dibelah dua dan dihiris nipis
5) 1 biji telur dipukul
6) 1/4 tsp serbuk lada putih
7) 1 tbsp minyak zaitun
8) 1/2 tsp garam atau secukup rasa
9) 2 tbsp tepung naik sendiri

Caranya:

1) Masukkan bahan 1~8 ke dalam mangkuk dan kacau sehingga rata
2) Akhir masukkan tepung dan kacau sebati
3) Minyakkan bekas untuk dibakar supaya adunan tidak melekat (walaupun saya guna bekas non stick, sapu juga sedikit minyak)
4) Masukkan adunan sehingga 2/3 mangkuk dan bakar selama 20~ 25 minit atau sehingga masak kekuningan.

Sedap cicah dengan sos tomato…

Selamat mencuba.

Puding Yogurt Strawberry

Puding Yogurt Strawberry untuk berbuka!!

image

image

image

Panaskan periuk kukus

Bahan-bahan:
1) 6 biji telur kampung
2) 6 tbsp gula molasses
3) 1/4 tsp garam
4) 3/4 daripada 470g yogurt
5) 1 1/2 tbsp tepung jagung + sedikit air

6) Jem strawberry

Caranya:
1) Kisar telur, gula molasses dan garam selama 1 minit
2) Kemudian masukkan yogurt dan tepung jagung dan kisar sekejap saja supaya sebati
3) Sapu banyak mentega pada sekeliling mangkuk-mangkuk kecil dan masukkan setiap mangkuk 2 tsp jem strawberry.
4) Tuang adunan yogurt perlahan ke dalam mangkuk dan kukus selama 15 minit.
5) Dah sejuk baru masukkan ke dalam fridge.

♥ 🙂