Coriander – Cilantro

Hari ini saya nak berkongsi info mengenai rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu dan India, iaitu ketumbar.
Herba dan rempah yang turut dikenali sebagai cilantro dan coriander ini mempunyai banyak manfaat kesihatan. Sebelum ini saya pernah tulis tentang khasiat daun ketumbar (Cilantro). Mari kita tengok apakah kelebihan biji ketumbar (Coriander) …

Air biji ketumbar atau pun coriander ‘tea’ boleh membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang mengeluarkan kahak, menaikkan selera, merendahkan gula dalam darah, merendahkan paras kolesterol, melegakan rasa loya, melindungi daripada jangkitan saluran kencing dan membantu penghadaman. Ia juga boleh merawat kembung perut, batuk, sakit tekak, insomnia, reumatisme, gout, ruam dan migrain.

Coriander and Cilantro are from the same plant.
image

Cilantro herb
image

Coriander Spice
image

Coriander ‘tea’. I like it, the taste is ok and the smell is nice 🙂
image

Cara mengambil:
1) Rebus 1 tsp biji ketumbar dengan 1 cawan air selama 10 minit. Tapis dan minum 1 cawan selepas makan
2) Rendam 2 tsp biji ketumbar dalam 1 cawan air panas selama 20 minit, tapis dan minum 1 cawan sehari.

Pengambilan berlebihan biji ketumbar boleh menyebabkan masalah kepada sistem saraf.
Jangan overdose ya!

Ref:
HERBS – THE HEALING NATURE
The Desktop Guide to Herbal Medicine

Khasiat Daun Kesom

Pokok kesum adalah sejenis herba biasa yang mudah tumbuh dan cepat membiak hanya dengan keratan batang. Ia memiliki aroma dan rasa yang unik dan sering dijadikan perencah dalam masakan atau dimakan sebagai pembuka selera.

image

Khasiatnya:
1) Air rebusan kesum diminum untuk merawat sakit reumatisme, membantu menghadamkan makanan dan menghapuskan cacing dalam perut dan usus.
2) Air rendaman diminum untuk merangsang kencing, merawat batu karang dan sakit perut.
3) Daun ditumbuk dan diambil jus, dicampur dengan sedikit air dan digosok pada kulit kepala dan rambut untuk merawat kelemumur.

Kelebihan yang ada pada setiap tumbuhan herba sebaiknya digunakan dan dimanfaatkan kerana sumber alam semulajadi mempunyai banyak khasiatnya yang sangat baik untuk kesihatan badan…

Rujukan:
Rempah-ratus, Ong Hean Chooi
99 herba, Che Aniha Che Isahak