Kerabu Cekur Manis

Salam semua..

Resipi berkhasiat untuk dicuba.

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk daun cekur manis/daun asin-asin yang telah direbus hingga lembut dan diperah buang air
2) 1 biji buah tomato dihiris nipis
3) 1 biji bawang besar dihiris nipis
4) 2 1/2 sudu besar minyak bijan
5) 4 biji cili padi merah dihiris nipis. kalau suka pedas lebihkan cili padi
6) Jus perahan 1 biji lemon atau secukup rasa
7) Garam secukup rasa

Caranya:
1) Daun cekur manis dihiris kecil
2) Masukkan semua bahan 2~7 dan gaul sehingga rata.
3) Biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Give it a try! 🙂