Salad Kobis Pembuka Selera

Resipi hari ini sedap kalau dimakan dengan sambal..

 

1448544831552

 

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk besar kobis
2) 1/2 mangkuk udang
3) 1 labu bawang besar dihiris nipis
4) 2 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris nipis, sedikit cili padi & 2 biji tomato sederhana besar dihiris nipis
5) Jus lemon, serbuk lada hitam dan garam

Caranya:

1) Kobis dihiris panjang dan dicelur sekejap. Kemudian segera rendam dengan air sejuk supaya kobis tidak menjadi lembik. Kobis diperah buang air.
2) Udang dibuang kulit dan dibersihkan. Toskan. Kemudian masuk dalam kuali dan masak sekejap. (Udang dan air udang diambil)
3) Masukkan bahan 3-5 ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Kemudian masukkan kobis dan udang.
4) Gaul semua bahan dan biarkan 30 minit sebelum dihidang

Happy eating!

Advertisements

Nenda

Seperti biasa, resipi hari ini pun simple dan mudah.

Nenda adalah masakan daging campur nenas. Saya guna nenas josephine, nenas yang manis. Rasanya, mmm…sedap!

NENDA sebenarnya NENas-DAging 😉

Jom cuba..

NENDA

1449093305996

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk daging yang telah dihiris nipis
2) 1/2 tsp serbuk jintan manis
3) 1/2 mangkuk nenas josephine segar yang dicincang. Empulur nenas tidak diambil.
4) Cili padi dihiris nipis
5) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
6) Serbuk kasar lada hitam, kicap & garam

Cara:
1) Daging diperap dengan jintan manis selama 30 minit
2) Tumis bawang putih dan cili padi sehingga kekuningan
3) Masukkan daging & nenas dan masak sehingga air daging kering.
4) Akhir sekali masukkan sedikit serbuk kasar lada hitam, kicap dan garam secukup rasa.

Hidangan nenda lebih berseri bersama salad sawi celur. 😀

SALAD SAWI CELUR

 

1449093907566

Bahan-bahan:

1) 2/3 mangkuk sayur sawi yang telah dicelur sekejap dan dihiris. Ambil daun & batang yang lembut je.
2) 1 biji capsicum yang dipotong dadu
3) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
4) 3 biji cili padi merah dihiris nipis
5) Jus 1/2 biji lemon / tambah jus lemon kalau suka lebih masam
6) 1 1/2 sudu besar minyak bijan
7) Serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Gaul semua bahan sehingga rata dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Selamat menjamu selera