Ketam Masak Krim

Assalamualaikum.

Beberapa hari kebelakangan ini, cuaca sentiasa mendung dan boleh dikatakan hampir setiap hari hujan. Suka saya, terasa nyaman sekali…

Hari ini genap sudah seminggu kita berpuasa. Terasa begitu cepat masa berlalu. Syukur, sehingga kini kita masih diberi peluang untuk melaksanakan ibadah puasa oleh Allah ta’ala…. Alhamdulillah.

Untuk iftar tadi, kami menikmati ketam masak krim yang sedap 😀

image

Bahan-bahan:

5 ekor ketam. Dibersihkan dan dibelah dua.
4 sudu makan minyak
50g mentega
5 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
1/2 labu bawang besar dipotong kiub kecil
15 biji cili padi dihiris nipis
2 tangkai daun kari diraut
1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1 tin susu sejat (Ideal Milk- 400g)
1/4 cawan air
1 sudu besar tepung beras, campur sedikit air
Garam secukup rasa

Cara:

1) Panaskan minyak dan masukkan mentega.
2) Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi sehingga bawang kelihatan kekuningan
3) Masukkan daun kari dan goreng sehingga terbit bau
4) Masukkan susu, air, garam dan serbuk lada hitam dan masak sehingga mendidih
5) Masukkan tepung beras dan kacau sehingga rata
6) Masukkan ketam dan gaul. Kecilkan api. Tutup periuk dan biarkan diatas api sehingga ketam masak. Sekali sekala kacau ketam rata.

Advertisements

Seafood Bawang Putih

Assalamualaikum semua.

Resipi hari ini pula adalah untuk peminat-peminat seafood. 😀

Jom try..

image

Bahan-bahan:
1) 6 ekor udang besar dibersihkan. Kulit tidak dibuang tapi dibelah tengah buang urat hitam
2) 6 ekor sotong dibuang kulit dan dibersihkan. Sotong dipotong dua
3) 1 labu bawang putih (13 ulas). Tidak buang kulit dan dibasuh bersih. Diketuk dan dicincang
4) Cili padi dihiris kasar
5) 2 tbsp mentega
6) Serbuk lada putih dan garam secukupnya

Cara:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan
2) Masuk udang dan sotong
3) Bila banyak air udang dan sotong keluar, angkat udang dan sotong
4) Masak air udang sotong hingga pekat
5) Masukkan semula udang dan sotong
6) Masukkan cili padi dan garam. Goreng udang dan sotong sehingga kering.
7) Kemudian masukkan mentega dan kacau rata.
8) Akhir sekali tabur serbuk lada putih dan gaul sebati