Khasiat biji labu (Pumpkin seeds)

Baru saja lepas minum air pegaga yang dicampur dengan madu. Alhamdulillah sangat selesa…..
Entri semalam tentang biji labu dan prostat. Hari ni nak sambung sedikit lagi tentang khasiat biji labu untuk kesihatan badan.

image
(Khasiat yang tinggi dalam biji labu mentah terutama enzim, vitamin E, K dan mineral seperti magnesium, zink, mangan, fosforus, besi dan tembaga serta antioksidan beta karotena dan lutein)

Biji labu dikatakan ‘ superfood’ kerana khasiatnya baik untuk kesihatan badan. Sering masuk kedalam diet harian, selain dapat memelihara hormon, ia juga boleh mencegah batu karang buah pinggang, mengurangkan gejala arthritis dan risiko osteoporosis, menurunkan kadar kolesterol LDL dan melindungi folikel rambut serta kesihatan mata. Biji labu ini juga boleh menjadi rawatan semulajadi yang sangat berkesan bagi menghapuskan cacing pita yang terdapat di dalam usus.

Khasiat biji labu juga memberi manfaat kepada wanita menopaus. Mengambil 2gram sehari selama 12 minggu telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kepekatan kolesterol lipoprotein dan pengurangan dalam tekanan darah diastolik. Ia juga membantu melegakan gejala menopaus dengan pengurangan ‘hot flashes’, sakit kepala dan sakit sendi. Kandungan L-trytophan yang terdapat di dalam biji labu sering dicadangkan membantu merawat kemurungan.

Hmm….Bagus juga biji labu mentah ni saya jadikan makanan snek ketika menonton tv!

Khasiat kacang hijau

Kacang hijau adalah makanan yang boleh dikatakan ‘ superfood’ kerana kandungan zat vitamin, mineral, kaya dengan protein, tinggi serat dan rendah lemak tepu, rendah sodium dan tidak mengandungi kolesterol, memberi banyak manfaat pada kesihatan badan.

image
(Saya suka beli kacang hijau yang organik, insyaAllah tiada bahan kimia yang boleh memudharatkan kesihatan)

Kacang hijau menawarkan pelbagai kebaikan seperti meningkatkan sistem imun, metabolisme, mengurangkan  lemak hati, membantu mengawal hormon, boleh melegakan ‘ hot flashes’ (simptom menopaus bagi sesetengah wanita), menggalakan tahap gula dalam darah yang sihat (mesra diabetes) dan boleh mengawal berat badan kerana kacang hijau mengandungi kadar glycemic yang rendah.

Kandungan phytosterol dalam kacang hijau merupakan satu lagi nutrien yang boleh menurunkan kadar kolesterol. Kacang hijau juga dikatakan boleh mengawal tekanan darah kerana terdapat zat kalium (potassium) di dalamnya.

Rebusan air kacang hijau membantu menyejukkan badan,  mengeluarkan toksin,  baik untuk kulit, ulser dan ruam.

1/2 cawan kacang hijau + 4 cawan air di rebus selama 15 minit diatas api yang kecil. Periuk di tutup semasa merebus kacang hijau. Tapis dan bila dah suam bolehlah di minum.( jangan biarkan kacang hijau berendam lama didalam air rebusan, sebab nanti kacang akan kembang )
Kacang hijau yang sama boleh diulang rebus untuk kali kedua. Kacang hijau bersifat menyejukkan badan jadi tidak digalakkan mengambilnya bagi mereka yang sering mengalami sejuk di tangan dan kaki. Elak makan kacang hijau kalau mengalami cirit birit.
Murah tapi berkhasiat….

Jalan-jalan jumpa Chia Seeds.

Kami singgah di sebuah health shop di Manly Island semasa dalam perjalanan pulang. Tak merancang nak beli apa pun disitu, saja nak jamu mata.

Tiba-tiba saya ternampak Chia Seeds dan saya rasa sangat teruja. Saya pernah baca tentang Chia Seeds dan dikatakan Chia seeds ini sangat berkhasiat kerana tinggi kandungan vitamin dan mineral. Ia juga mengandungi semua 8 essential amino acids dan 9 non essential aminos. Chia seeds juga tinggi kadar antioksidannya dan sebab itu ia disebut sebagai ‘ superfood ‘.

Bila kita rendam chia di dalam air untuk seketika ( saya baca 1jam tapi penjual chia seeds ini kata kena rendam semalaman. Rasanya saya kena cuba kedua-dua cara ini )
Chia akan mengeluarkan jeli dan tidak mempunyai rasa. Jadi kalau nak rasanya sedap bolehlah rendam dengan jus buah!

Saya ada terbaca, mengambil chia seeds boleh kuruskan badan sebab kita tidak akan cepat berasa lapar selepas makan chia. Betul ke ni? Saya nak kena cuba. Best juga kalau boleh slim dengan makan Chia. Chia Seeds selamat dimakan dan insyaAllah tiada kesan sampingan.

image