Telur Dadar Epal Hijau

Suami saya gemar sangat beli epal hijau dan biasanya cuma dia seorang saja yang makan. Saya pula tidak begitu gemar buah ini. Jadi selalunya saya akan masukkan kedalam masakan untuk elak pembaziran.

Semalam saya masak telur dadar dan masukkan epal hijau. Bagi saya telur dadar epal hijau ini sedap bila masin-masin sikit. Kemudian makan dengan ulam dan cicah dengan sambal.

Pada mulanya rancang nak masukkan juga hirisan buah tomato kedalam telur dadar, tapi terlupalah pulak. Mmmm… masih ada banyak biji buah epal dalam peti sejuk, esok-esok boleh masak lagi 🙂

image

image

Bahan-bahan:
1) 4 biji telur
2) 1 labu bawang besar dimayang
3) 1 biji epal hijau dibuang kulit dan dimayang
4) 1 cili merah dibuang biji dan dicincang
5) Lada hitam dan garam secukup rasa

Caranya:
1) Panaskan sedikit minyak dan masak epal dan bawang sehingga layu. Biarkan sejuk.
2) Pukul telur dan masukkan bahan yang dimasak, cili, lada hitam dan garam.
3) Goreng seperti biasa. Semasa nak balikkan telur dadar kena lebih berhati-hati kerana ia mudah pecah.
4) Sebelum dihidang bolehlah dipotong kecil.

Sedap makan semasa panas dan cicah dengan sambal.

Ok, selamat mencuba.

Telur Dadar Daun Cili

Di rumah saya ada 4 pokok cili padi dan semuanya dah mengeluarkan hasil. Selain diambil cili, saya juga suka masak daunnya.

Daun cili kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral. Air rebusan daun cili diminum untuk merawat asma, batuk, selsema dan mencuci luka. Manakala makan cili padi merangsang edaran darah, penghadaman dan mampu mengurangkan risiko pembekuan darah.

Anyway for lunch, saya masak telur dadar daun cili. Daun cili tidaklah seperti daun-daun lain yang mempunyai bau. Bagi saya ia sedap bila dimasak dan dimakan dengan sambal.

POKOK CILI PADI KAMPUNG
image

POKOK CILI PADI INI, CILI DAN DAUN LEBIH BESAR DARI CILI PADI KAMPUNG
image

HASIL TUAIAN
image

DAUN CILI, boleh dibuat ubat pupuk untuk kegunaan sakit kepala dan ulser.
image

TELUR DADAR DAUN CILI.
image
Saya cuma pukul 5 biji telur dan masukkan
1) Semangkuk daun cili yang telah dihiris
2) 1 labu kecil bawang besar dihiris
3) Cili merah yang ditumbuk
4) Garam secukup rasa.

Goreng seperti biasa cuma perlu guna minyak lebih sikit. Oleh kerana dimasukkan banyak daun cili, saya perlu berhati-hati ketika nak balikkan telur supaya telur dadar tidak pecah.

Ok, selamat menjamu selera.

Rujukan:
Ong Hean Chooi: Rempah Ratus
Khasiat Makanan & Ubatan.