Onde-onde labu.

Baru baru ini saya beli kuih koci labu, frust le jugak sebabnya tak sedap. Saya dapati rasa inti kuih koci tu macam hampas kelapa dimasak dengan gula je..

Jadi semalam saya pun belilah labu, bersemangat nak buat sendiri kuih koci. Tiba-tiba sedar daun pisang tak adalah pulak, hmm… tukar plan. Buat onde-onde tapi rasanya macamlah juga kuih koci labu, hihihi..

 

 

 

image

 

Bahan doh:
1) 1/2 biji labu dikukus hingga masak.
2) Tepung pulut dan garam
Campur bahan 1 & 2 dan gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat

Inti:
1) 1/2 biji kelapa parut
2) gula merah (saya guna natural molasses sugar) dan sedikit garam.
Masak bahan 1& 2 diatas api yang sederhana sehingga sebati. Saya tak suka inti kering, jadi saya masak sekejap je

Sos:
1) 2 cawan santan, gula merah, tepung pulut dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya:

1) Panas air dalam periuk. Buat seperti kita masak kuih buah melaka. Bila dah masak onde-onde ni akan timbul, angkat dan masukkan kedalam mangkuk air
2) Untuk sosnya saya masak 2 cawan santan dengan gula merah dan masukkan sedikit tepung pulut untuk pekatkan sos. Oops kena masukkan sedikit garam, kalau tidak tak sedap. Akhir sekali masukkan onde-onde ini kedalam sosnya.

Anak-anak saya kata “sedaplah mama”.  😀

Selamat mencuba..

Bebola durian untuk minum petang

Baru saja selesai masak bebola durian untuk minum petang. 🙂

image

image

Bahan-bahan:
1) Isi durian
2) Tepung pulut
3) Gula secukup rasa
4) Garam secukup rasa
5) 1 kotak santan kara, tanpa kolesterol

Cara-caranya:

1) 1~4 dicampur dan buat bulat-bulat macam kuih buah melaka
2) Masukkan bebola durian ke dalam air yang telah mendidih
3) Bebola durian akan timbul bila dah masak, keluarkan dan rendam di dalam air
4) Untuk kuah, dalam periuk masukkan santan kotak dan air dan masak.
5) Bila santan dah mendidih, masukkan tepung pulut untuk pekatkan kuah dan akhir sekali gula dan garam secukup rasa.
6) Masukkan bebola durian dan biarkan atas api kecil sekejap je dan kacau selalu.

Selamat mencuba 😉