Jeruk Timun

Dah dua bulan saya plan nak buat jeruk timun ini tapi tak kesampaian sebab timun kecil yang dicari-cari di supermarket tak ada. Minggu lepas saya ke Pavilion jadi singgahlah sekejap di supermarketnya. Ketika sedang pusing-pusing tolak trolley tiba-tiba ternampak timun kerdil, apa lagi… maka terjadilah jeruk timun ini, hehe….

Biasanya bila buat jeruk, saya tidak guna gula. Saya akan guna buah epal dan pear sebagai ganti gula. Tapi kali ini saya cuba guna gula molasses. Molasses mengandungi pelbagai mineral dan ia berkhasiat berbanding dengan gula biasa yang tidak ada nutrien kecuali simple carbohydrates.

Resipi ni dari Maangchi cuma saya olah sikit, guna gula molasses. Saya dapati ramai yang komen jeruk ni sedap, tetapi masin. Menurut Maangchi, garam yang banyak perlu untuk rangupkan timun dan sebelum makan rendamkan timun dengan air untuk kurangkan masin. Saya dah cuba dan bagi saya memang best jeruk ini. Cuma perlu hiris timun dulu sebelum direndam air sebab dengan cara ini masin boleh dikurangkan. Kalau rendam sebiji2 macam tu dalam air, timun masih masin. Terpulang berapa lama nak rendam, mengikut cita rasa. Ada juga bagi setengah orang jeruk ni tak masin…

Jom tengok resipi jeruk timun.. 😀

image

image

image

image

image

Bahan-bahannya:

1)  Timun kecil
2)  4 1/2 cawan air
3)  3/4 cawan gula molasses
4)  1/2 cawan garam himalayan
5)  1/2 cawan cuka epal

Caranya:
1) Cuci timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
2) Masukkan bahan 2~4 ke dalam periuk dan masak selama 20 minit di atas api yang sederhana (kalau mengikut maangchi 40 minit di atas api yang besar).
3) Tuangkan air rebusan ke dalam mangkuk timun.
4) Bila dah sejuk masukkan ke dalam balang dan tutup. Selepas 24 jam, biarkan timun di dalam balang. Air dalam balang timun dikeluarkan dan dimasak semula selama 10 minit. Bila dah sejuk tuang semula kebalang timun dan simpan kedalam peti sejuk. Dibuat begini supaya jeruk ini tahan lama sebab tak guna bahan pengawet. Selepas seminggu jeruk timun dah boleh dimakan.

InsyaAllah bila dah habis jeruk timun ni, saya nak buat lagi. Sedap makan dengan nasi dan apa saja.. 😉

Rujukan:
Blog Maangchi

Advertisements

Eyebags

Pernahkah anda mendapati mata anda bengkak selepas bangun pagi dari tidur. Biasanya ia adalah manifestasi keletihan, kurang tidur, penyakit buah pinggang atau mungkin tanda-tanda penuaan.

image

Berikut adalah remedi yang boleh melegakan ‘eyebags’

1) Timun adalah sangat berkesan merawat ‘eyebags’ dan merehatkan mata. Pastikan timun disejukkan terlebih dahulu, potong nipis dan tekap keatas mata selama 15 minit.
2) Teh hijau atau chamomile:  Basahkan uncang teh dan sejukkan semalaman. Letakkan diatas mata selama 15 minit sejurus selepas melakukan rawatan timun.
3) Minum jus cranberry atau barli yang direbus selama sekurang-kurangnya 15 minit. Minum air rebusan ini berselang seli dengan air biasa sehingga bengkak mata hilang.
4) Memakan 2 biji buah kiwi bersama yogurt sehari boleh membantu menghilangkan eyebags
5) Rendam kapas dalam susu dan tekap ke atas mata beberapa minit. Lactic acid dalam susu boleh mengurangkan bengkak mata.
6) Minum air yang banyak kerana ia meningkatkan peredaran darah dan mengeluarkan toksin dari badan.
7) Kurangkan pengambilan garam kerana ia boleh menyebabkan mata dan seluruh badan bengkak air. Kurangkan garam akan ada perbezaan, insyaAllah.

Untuk informasi kita bersama, bengkak air boleh menjadi salah satu simptom penyakit buah pinggang, kegagalan hati atau pun lemah jantung maka dapatkanlah nasihat pakar…

Khasiat timun

Timun sejenis sayuran yang biasanya dimakan mentah, sangat manfaat bagi melawaskan buang air kecil, menyejukkan badan, dikatakan juga boleh merawat batu karang dalam hempedu dan dapat mengatasi sakit kerongkong.

Bila mata terasa pedih kerana lama mengadap screen ipad, ambil 2 hirisan timun dan tekap diatas mata, hmm selesanya.
Kisar timun tanpa air sehingga hancur. sukatkan air timun dan yoghurt sama banyak dan kisar lagi bagi sebati, boleh jadi face mask untuk membersihkan kulit dan mencegah wrinkles (kalau dah ada wrinkles camna ye? saya sendiri tak pernah cuba, mungkin satu hari nanti kena try petua ni, who knows, may be can say good bye to wrinkles!)

Biji timun dikatakan boleh membunuh cacing pita ( tapeworms ) , 2oz biji timun dikisar dan campur madu di ambil dengan perut kosong.
Jus timun juga dapat meredakan radang pada saluran kencing.