Dah dua bulan saya plan nak buat jeruk timun ini tapi tak kesampaian sebab timun kecil yang dicari-cari di supermarket tak ada. Minggu lepas saya ke Pavilion jadi singgahlah sekejap di supermarketnya. Ketika sedang pusing-pusing tolak trolley tiba-tiba ternampak timun kerdil, apa lagi… maka terjadilah jeruk timun ini, hehe….

Biasanya bila buat jeruk, saya tidak guna gula. Saya akan guna buah epal dan pear sebagai ganti gula. Tapi kali ini saya cuba guna gula molasses. Molasses mengandungi pelbagai mineral dan ia berkhasiat berbanding dengan gula biasa yang tidak ada nutrien kecuali simple carbohydrates.

Resipi ni dari Maangchi cuma saya olah sikit, guna gula molasses. Saya dapati ramai yang komen jeruk ni sedap, tetapi masin. Menurut Maangchi, garam yang banyak perlu untuk rangupkan timun dan sebelum makan rendamkan timun dengan air untuk kurangkan masin. Saya dah cuba dan bagi saya memang best jeruk ini. Cuma perlu hiris timun dulu sebelum direndam air sebab dengan cara ini masin boleh dikurangkan. Kalau rendam sebiji2 macam tu dalam air, timun masih masin. Terpulang berapa lama nak rendam, mengikut cita rasa. Ada juga bagi setengah orang jeruk ni tak masin…

Jom tengok resipi jeruk timun.. πŸ˜€

image

image

image

image

image

Bahan-bahannya:

1)Β  Timun kecil
2)Β  4 1/2 cawan air
3)Β  3/4 cawan gula molasses
4)Β  1/2 cawan garam himalayan
5)Β  1/2 cawan cuka epal

Caranya:
1) Cuci timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
2) Masukkan bahan 2~4 ke dalam periuk dan masak selama 20 minit di atas api yang sederhana (kalau mengikut maangchi 40 minit di atas api yang besar).
3) Tuangkan air rebusan ke dalam mangkuk timun.
4) Bila dah sejuk masukkan ke dalam balang dan tutup. Selepas 24 jam, biarkan timun di dalam balang. Air dalam balang timun dikeluarkan dan dimasak semula selama 10 minit. Bila dah sejuk tuang semula kebalang timun dan simpan kedalam peti sejuk. Dibuat begini supaya jeruk ini tahan lama sebab tak guna bahan pengawet. Selepas seminggu jeruk timun dah boleh dimakan.

InsyaAllah bila dah habis jeruk timun ni, saya nak buat lagi. Sedap makan dengan nasi dan apa saja.. πŸ˜‰

Rujukan:
Blog Maangchi

Advertisements

6 thoughts on “Jeruk Timun

  1. Selalu saya jumpa jeruk cili hijau jer.
    Jeruk tiimun ni kalu nak makan pun, dalam burger kadang2 ada.
    Saya gemar juga timun Jepun ni, tapi yang kurus panjang. Rangup, memang rangup!

    1. Baru saya sedar bila saya baca pos ini semula, tidak dinyatakan jumlah timun..saya pun dah tak ingat berapa biji timun tapi kalau tidak silap masa itu saya beli 5 paket timun kerdil ini, mungkin jumlah dalam 25 biji… Waallahua’lam. πŸ™‚

    1. Jeruk timun ni tak manis dan agak masin. Saya tk pernah buat tanpa gula tadi tak tahu sama ada menjadi ke tidak jeruk timun ini kalau mengikut resipinya tanpa gula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s