Pernahkah anda mendapati mata anda bengkak selepas bangun pagi dari tidur. Biasanya ia adalah manifestasi keletihan, kurang tidur, penyakit buah pinggang atau mungkin tanda-tanda penuaan.
Berikut adalah remedi yang boleh melegakan ‘eyebags’
1) Timun adalah sangat berkesan merawat ‘eyebags’ dan merehatkan mata. Pastikan timun disejukkan terlebih dahulu, potong nipis dan tekap keatas mata selama 15 minit.
2) Teh hijau atau chamomile: Basahkan uncang teh dan sejukkan semalaman. Letakkan diatas mata selama 15 minit sejurus selepas melakukan rawatan timun.
3) Minum jus cranberry atau barli yang direbus selama sekurang-kurangnya 15 minit. Minum air rebusan ini berselang seli dengan air biasa sehingga bengkak mata hilang.
4) Memakan 2 biji buah kiwi bersama yogurt sehari boleh membantu menghilangkan eyebags
5) Rendam kapas dalam susu dan tekap ke atas mata beberapa minit. Lactic acid dalam susu boleh mengurangkan bengkak mata.
6) Minum air yang banyak kerana ia meningkatkan peredaran darah dan mengeluarkan toksin dari badan.
7) Kurangkan pengambilan garam kerana ia boleh menyebabkan mata dan seluruh badan bengkak air. Kurangkan garam akan ada perbezaan, insyaAllah.
Untuk informasi kita bersama, bengkak air boleh menjadi salah satu simptom penyakit buah pinggang, kegagalan hati atau pun lemah jantung maka dapatkanlah nasihat pakar…
Saya pakai cermin mata …memang ada eye bag …
Bolehlah cuba petua di atas, mungkin berkesan dgn Chik Att. 🙂