Setiba saja di Nagoya Castle, kami terkejut! Terkejut lagi hehehe…..
kami tidak jangka akan melihat satu pemandangan yang indah. Ya, bunga sakura menghiasi kawasan ini. Hati kami ceria seceria bunga yang kembang. Kami tahu jika kami tiba lewat seminggu ke sini, insyaAllah, tentu lebih cantik lagi tempat ini.
Kami bersiar-siar di kawasan yang luas ini lebih dari sejam sambil merakam gambar. Terima kasih kepada Zakiah yang begitu tekun menjadi jurugambar.
Kami kemudian singgah ke Tokugawa Garden. Sekiranya kami di sini pada musim bunga sedang berkembang, pasti tempat ini akan memukau pandangan mata kami… namun begitu, taman ini tetap juga kelihatan cantik!
Dari Tokugawa Garden, kami ke Osu Kannon, (Osu Shopping Arcade Area). Di sini terdapat anggaran lebih 1200 kedai yang menjual pelbagai barangan seperti komputer, kamera, barangan antik, pakaian, souvenir dll. serta ada cafe dan restoran.
Selepas membeli belah dan menjamu mata di Osu Arcade ini, kami pun terus pergi ke tempat penginapan. Kami tiba pada jam 6.30 petang dan Zafirah telah sedia menanti dan menyambut kedatangan kami. Di Nagoya kami tinggal di apartment selama 2 malam.
Pada percutian kami kali ini, kami memilih untuk tidak tinggal di hotel kecuali sehari sebelum pulang ke Malaysia.. Di antara sebabnya adalah, kami hendak masak kerana kami dapati di Nagoya dan Takayama sukar untuk mendapat makanan halal. Selain dari itu, sahabat kami Zaidah tidak suka pada makanan jepun. Alhamdulillah, kami buat keputusan yang tepat dalam hal ini dan ini menjadikan percutian kami kali ini paling mesra, ceria, bising dan seronok… 😀