Assalamualaikum

Resipi hari ini ialah masak lemak jintan cendawan sisir.

Ada setengah orang panggil ini cendawan kukur.
Sekarang susah nak jumpa orang jual cendawan sisir, walaupun di pasar tani. Jadi setiap kali bila saya ke pasar tani, kalau ada terjumpa cendawan sisir, pasti saya akan beli. Rasanya memang enak terutama bila dibuat masak lemak atau digoreng kunyit.

Sebelum dimasak, cendawan sisir ini harus direndam dan dibasuh betul-betul. Pilih dan buang kulit-kulit kayu yang melekat dan di bilas berkali-kali..

Cendawan Sisir

1452242614393

 

1452242502848

 

Bahan-bahan
1) 200g cendawan sisir dicuci bersih dan toskan
2) Cili padi (terpulang citarasa pedas)
3) 2 batang serai (ambil cuma 2″ setiap batang)
4) 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
5) Serbuk kunyit
6) 1/2 mangkuk kecil daging batang pinang dihiris nipis dan kecil
7) 1  1/2 cawan air
8) 1 kotak kecil santan kara

Caranya:

1) Serai, cili padi, serbuk jintan putih & serbuk kunyit ditumbuk lumat
2) Panaskan air dan masukkan bahan yang ditumbuk
3) Bila dah mendidih, masukkan cendawan sisir dan daging
4) Daging dan cendawan sisir dah masak, masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata
5) Bila kuah mendidih sekejap, padamkan api.

Jom try! 🙂

Advertisements

2 thoughts on “Masak Lemak Jintan Cendawan Sisir

  1. Kat perak kami panggil cendawan seashour…suami sy org perlis xpenah jumpa cendawan ni. Bila dia tny kenapa panggil seashour.. saya jawab; sebab rupa dia mcm seashell.. org perak sebut seashell jadi seashour

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s