Bawang & Madu Merawat Resdung?

Banyak kajian saintifik mendapati bawang mempunyai sebatian semulajadi yang sangat kuat, dapat memberi perlindungan kepada saraf, osteoporosis, katarak, membuang bau toksik dari badan, membersih perut, memperbaiki kulit, meningkatkan sistem kardiovaskular dan sistem imun, melawan pertumbuhan pelbagai tumor, membantu fungsi hormon dan mencegah ulser gastrik. Selain itu bawang juga boleh menurunkan kadar kolesterol, anti diabetes, anti kulat, anti bakteria, menghalang pengerasan arteri, meningkat keanjalan saluran darah dan membantu mengekalkan tekanan darah normal.

Baru-baru ini saya terbaca tentang pengalaman seorang wanita yang sering mendapat jangkitan resdung yang dialaminya semenjak 15 tahun lalu. Dia pernah menjalani pembedahan resdung sebanyak dua kali, namun keadaannya tidak berubah.
Justeru, dia mengambil bawang yang telah direndam dalam madu dan ini telah berjaya memberi kelegaan; rasa sakit dan tekanan pada mukanya segera berkurangan.

Remedinya…

image

Satu labu bawang besar dibelah 8 dan kemudian tarik setiap keping lapisan bawang dan tuangkan madu. Biarkan seketika. Makan kepingan bawang madu sepanjang hari apabila berasa tekanan resdung. Boleh buat satu mangkuk bawang dan disimpan selama beberapa hari sehingga penyakit resdung sembuh.

Dikatakan jus bawang yang dicampur madu boleh juga melegakan batuk.

Jika dah usaha pelbagai cara bagi merawat resdung tidak berjaya, apakata cuba petua ini. Mungkin ia dapat membantu…

Bercakap tentang bawang dan madu, teringat saya, semalam saya juga mengambil bawang dan madu tetapi di dalam salad carrot… 🙂 So this carrot salad is a healthy dish and tasty!

SALAD CARROT
image
Bahan-bahan:
1) 1 batang carrot disagat
2) 1 kuntum bunga kantan dihiris nipis
3) 1 cili merah dibuang biji dan dihiris nipis
4) 1″ halia dicincang halus
5) 4 ulas bawang merah ( or 1 labu bawang besar)
6) 1 biji tomato dihiris nipis
7) Jus lemon, madu dan garam secukup rasa.

Gaul semua bahan-bahan sehingga sebati.

To stay healthy, eat an onion a day 🙂

Onion Health Research.

The Alternative Approach: How Onions and Garlic Helps Your Heart

Use Onion For Good Health

Warna air kencing dan penyakit

Selalunya bila kita buang air kecil, kita jarang ambil kisah pada warnanya. Kadang-kadang tu bila nampak kekuningan sedikit, kita fikir.. ni sebab kurang minum air. Sebab tu jadi macam tu.  Betullah juga. Bukan itu saja, tidak semua warna air kencing yang tidak normal adalah berita buruk, malah ada juga makanan dan minuman yang boleh mempengaruhi warna air kencing.

Tapi tahukah anda, air kencing boleh memberi maklumat yang lebih. Perubahan pada warna dan bau air kencing boleh memberi petunjuk penting tentang status kesihatan seseorang. Warna air kencing boleh mendedahkan apa yang telah dimakan, minum dan mungkin berubah disebabkan oleh sesuatu yang berbahaya seperti ubat-ubatan, penyakit berjangkit dan juga kanser.

Menurut seorang professor urology dari university of california, San Francisco, sekiranya kita melihat darah dalam air kencing, walaupun sekali, kira perlu pergi jumpa doktor sebab ia boleh menjadi tanda-tanda awal batu karang atau sejenis kanser. Katanya lagi, kalau warna air kencing macam Coca Cola, ia mungkin disebabkan darah lama dari tumor atau batu karang atau darah beku di dalam buah pinggang. Selain itu kerosakan hati juga boleh mempengaruhi warna air kencing.

Dehidrasi adalah punca masalah kencing yang sering dihadapi oleh ramai orang. Dehidrasi ini walaupun ia kedengaran biasa ia boleh menjadi sangat serius dengan cepat. Bila air kencing menjadi pekat, buah pinggang boleh menjadi tersumbat sehingga ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Sekiranya air kencing menjadi gelap atau keruh adalah baik kita dapatkan pemeriksaan doktor. Tapi pastikan dulu bukan kerana makanan atau minuman yang kita ambil pada hari tu. 🙂
Mengambil vitamin larut air dengan berlebihan contohnya vitamin B complex boleh membuat air kencing kelihatan kuning neon. Begitu juga kalau kita makan makanan tertentu seperti sayur asparagus, petai atau jering boleh membuat air kencing menjadi busuk dan ini tidak menandakan bahawa kita menghidapi apa-apa penyakit.

Kesimpulannya, sekali sekala perlu juga monitor warna air kencing kita. Kalau nampak lain dari biasa tu, ia mungkin satu ‘warning signal’ kepada kita.