Banyak kajian saintifik mendapati bawang mempunyai sebatian semulajadi yang sangat kuat, dapat memberi perlindungan kepada saraf, osteoporosis, katarak, membuang bau toksik dari badan, membersih perut, memperbaiki kulit, meningkatkan sistem kardiovaskular dan sistem imun, melawan pertumbuhan pelbagai tumor, membantu fungsi hormon dan mencegah ulser gastrik. Selain itu bawang juga boleh menurunkan kadar kolesterol, anti diabetes, anti kulat, anti bakteria, menghalang pengerasan arteri, meningkat keanjalan saluran darah dan membantu mengekalkan tekanan darah normal.
Baru-baru ini saya terbaca tentang pengalaman seorang wanita yang sering mendapat jangkitan resdung yang dialaminya semenjak 15 tahun lalu. Dia pernah menjalani pembedahan resdung sebanyak dua kali, namun keadaannya tidak berubah.
Justeru, dia mengambil bawang yang telah direndam dalam madu dan ini telah berjaya memberi kelegaan; rasa sakit dan tekanan pada mukanya segera berkurangan.
Remedinya…
Satu labu bawang besar dibelah 8 dan kemudian tarik setiap keping lapisan bawang dan tuangkan madu. Biarkan seketika. Makan kepingan bawang madu sepanjang hari apabila berasa tekanan resdung. Boleh buat satu mangkuk bawang dan disimpan selama beberapa hari sehingga penyakit resdung sembuh.
Dikatakan jus bawang yang dicampur madu boleh juga melegakan batuk.
Jika dah usaha pelbagai cara bagi merawat resdung tidak berjaya, apakata cuba petua ini. Mungkin ia dapat membantu…
Bercakap tentang bawang dan madu, teringat saya, semalam saya juga mengambil bawang dan madu tetapi di dalam salad carrot… 🙂 So this carrot salad is a healthy dish and tasty!
SALAD CARROT
Bahan-bahan:
1) 1 batang carrot disagat
2) 1 kuntum bunga kantan dihiris nipis
3) 1 cili merah dibuang biji dan dihiris nipis
4) 1″ halia dicincang halus
5) 4 ulas bawang merah ( or 1 labu bawang besar)
6) 1 biji tomato dihiris nipis
7) Jus lemon, madu dan garam secukup rasa.
Gaul semua bahan-bahan sehingga sebati.
To stay healthy, eat an onion a day 🙂
The Alternative Approach: How Onions and Garlic Helps Your Heart
Sangat ingat lagi dulu arwah Wan saya suka buat bawang kecil tu sebagai ulam….thanx a lot Kak your recipes are all superb…its really help me on my diet …..
Nur Ida Hashim, sama2. 🙂
Salam Kak,
Agak2 klu mkn buat ulam atau sbg salad dicampur dgn sayur2 lain still blh dpt effect yg sama tak ya? Sy teringin nk buat tp klu nk mkn camtu jer rasa mcm takleh masuk kot… 🙂
Sy pun dah 2 kali buat sinus surgery ni, thn 2010 & latest bln puasa baru2 ni.
WaalaikumusSalam Azura. Tak tahulah pulak berkesan ke tidak untuk sinus. Cuba try sikit dulu bawang dgn madu tu.. kadang2 bila tengok camtu memang rasa macam tak boleh nak telan. 🙂
Kak baca, antara pantang larang sinus, tak boleh minum susu..
Hehehe…yelah, sy try dulu la balik ni. Ni pun smlm doc terpaksa bagi ubat cairkan lendir, sakit kepala dah 2 hari sbb sinus cavity blocked.Susu mmg menggalakkan lagi penghasilan lendir so since lps surgery aritu sy tak amik dairy product except yogurt.
TQ ya kak… 🙂
Sama2 Azura. Semoga petua di atas bermanfaat pada Azura, insyaAllah.