Solat ialah ibu segala ibadat.
Firman Allah didalam surah al- Muddathir ayat 42 dan 43:
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu masuk kedalam Neraka Saqar? Mereka menjawab,” Kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.”
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab bagi seseorang hamba pada Hari Kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka dia akan menang dan berjaya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka dia akan binasa dan rugi.
( Riwayat at-Tirmizi no.415 )
Janganlah sekali-kali kita meninggalkan solat kerana solat ialah amalan pertama yang akan di hisab selepas roh berpisah dari badan dan Allah amat menyayangi hambanya yang sentiasa memohon maghfirat.