Naik Turun – Naik Turun.

Pukul 9.30 pagi saya dan tiga orang kawan ( mereka dari singapore ) berkumpul dilobi hotel. Kami berjalan selama15minit ke tempat naik  bas pelancong. Kami diatas bas dua tingkat mengeliling bandar Sydney selama satu jam (biasa satu jam setengah)  dan turun tukar bas Kerana nak ke Bondi dan teluk Bondi

image

Bayaran sebanyak 85 Australia dollar (RM 272) termasuk keSydney Aquarium dan keMadame Tussauds.

image

image

Hujan rintik2. Semasa kami di Aquarium dan Madame Tussauds, hujan agak lebat. Masa nak balik menunggu bas hujan dah berkurangan, masih rintik2.

Gambar2 dibawah adalah bandar Sydney. Tak sangka gambar2 ni terang sebab masa mengambilnya ingatkan tak jelas.
image

image

image

image

image

image

Gambar2 seterusnya, di Bondi.

image

image

image

image

Pemandangan diBondi sebenarnya sangat cantik tapi oleh kerana cuaca pada masa tu saya jangkakan gambar tidak akan menjadi, maka saya tidak mengambilnya.

Di Sydney Aquarium.
image

image

image

image

image

image

image

image

Di Madame Tussauds.

image
Presiden Amerika

image
Aktres Marilyn monroe.

image
Aktres Nicole Kidman.
(Banyak lagi patung2 lilin ni tapi saya sengaja tak rakam.)

Gambar dibawah dirakam semasa perjalanan pulang.

image

image

image

image

image

image

Kenangan dan pengalaman yang sangat menarik.

Esok, insyaAllah nak ke Blue Mountain. Kalau cuaca baik boleh le rakam banyak gambar. Semoga Allah permudahkan dalam segala hal semasa perjalanan kami. Esok insyaAllah melihat alam semulajadi ciptaan Allah, betapa Allah Maha Agung Maha Pencipta….

Sepetang dibandar Sydney. (11/06/2012 )

Kami naik teksi dari Hotel Observatory ke Bandar Sydney. Hujan belum reda dan semakin lebat selepas setengah jam kami disana.

Hari ini cuti awam di Australia sempena 60 tahun pemerintahan Queen of England.

image

image

image

image

Sebelum pulang minum jus carrot. Mahal juga jus ni.

image

image

Kos makanan disini  lebih kurang tiga kali ganda  berbanding ditempat kita begitu juga dengan bayaran teksi.
Bagi saya Malaysia BEST!

Pagi nan indah.

Pukul 8.30pg kami turun sarapan. Suasana sangat selesa. Diluar hujan tapi tidak lah lebat. Bila reda kami cadang nak keluar jalan2 lihat apa yang menarik diluar sana.

Best juga kalau sarapan begini selalu, dilayan bukan yang melayan. Di rumah selalu kena melayan 2 orang saja. Tak le ramai….

image

image

image

image

Ok. Sarapan yang sedap. Tak berani nak makan banyak2. Risau juga kalau berat badan meningkat. Diusia begini senang sungguh naik berat badan dan susah pulak tu nak turun.

Mudah naik berat badan mudah juga lah penyakit datang. Jadi kita kena ingat2 ini selalu.