Khasiat minyak zaitun.

Saya suka mengambil minyak zaitun. Tapi oleh kerana mengambilnya setiap pagi semasa sarapan, akhirnya timbul rasa jemu dan muak. Saya tukar pula kepada minyak biji anggur. 😀

image

Ternyata kelebihan minyak ini dapat menurunkan kadar kolesterol ldl dan meningkat hdl.

image
Sangat menarik isi kandungan buku ini.

Pengalaman seorang teman yang mengalami kebas pada tangan, katanya rasa kebas ditangannya hilang apabila dia mengambil minyak zaitun pada waktu pagi dan malam; 5~6 tbsp sehari . Ramai juga kawan saya yang mengalami kebas terutama  ketika bangun tidur diwaktu pagi. Bolehlah cuba, mungkin dapat menyelesaikan masalah kebas-kebas.

Minyak zaitun menguatkan akar rambut tetapi kenalah rajin minyakkan rambut dan menyihatkan badan. Terdapat setengah penduduk di negara barat mengambil minyak zaitun sebagai tonik. Ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung, mengawal proses penghadaman dan berkesan untuk ulser. Mengikut kajian yang dijalankan dinegara barat, minyak zaitun dapat mencegah dari mendapat kanser payu dara, menghalang pembentukan kanser kolon dan boleh membantu pesakit gastrik.

Ada yang mengatakan ambil minyak zaitun boleh menaikkan berat badan. Mungkin juga ya. Tapi bagi saya tidaklah pula. Dikatakan, sering gosok minyak zaitun pada kulit boleh melembut dan menghaluskan kulit. Bolehlah dicuba…. untuk awet muda! Mana tahu mungkin boleh hilangkan ‘ wrinkles ‘ . 😉

Khasiat cuka epal

Cuka epal mengadungi banyak nutrien, galian, vitamin, asid dan enzim. Boleh membantu mempertingkatkan kesihatan badan.

image

Selain boleh melambatkan proses penuaan, cuka epal juga mampu memecahkan pembentukan kolesterol dalam saluran darah.
Di samping itu juga  boleh mengawal tekanan darah tinggi, gout, membersih buah pinggang, meningkat metabolisma badan dan juga menghilangkan masaalah sembelit.

image
Buku ini menerangkan lebih banyak lagi manfaat cuka epal untuk kesihatan badan.

Boleh melangsingkan badan:
1 sudu makan cuka epal + 1 sudu makan madu + 1 gelas air suam, jangan guna air panas nanti musnah enzim yang terdapat didalam madu dan cuka epal. Minum semasa perut kosong diwaktu pagi dan petang.

Sebenarnya nak kuruskan badan senang je. Kurangkan makan manis, kurang makanan berlemak dan berminyak dan kurang ambil karbohidrat. Pasti berat badan turun dengan cepat. Tapi mampukah kita kurangkan pengambilan itu semua demi untuk memiliki tubuh badan yang menarik?

Entah le, rasanya kena tepuk dada tanya selera! 😉
 

Khasiat Spirulina.

Spirulina merupakan makanan yang beralkali dan sangat bermanfaat untuk tubuh badan seseorang kerana dapat membantu menyokong keseimbangan paras pH dan sering di gambarkan sebagai sumber makanan yang paling lengkap.

image
(Banyak pilihan dipasaran)

image
(Terdapat juga dalam bentuk serbuk, di katakan penyerapan lebih efektif )

Telah diketahui umum, jika darah menjadi lebih asidik maka ini akan mengundang kepada pelbagai penyakit. Spirulina dikatakan boleh membantu mengalkalikan darah, menyahkan toksin dalam badan disamping dapat meningkat kadar metabolisma, membantu menurun berat badan, meningkat kecerdasan mental, mengurangkan kolesterol dan triglycerides, melawan jangkitan virus, meningkat keupayaan menjana sel2 darah baru, memperkukuhkan sistem saraf dan juga menguatkan sistem imun.
image
(selain dari buku ini, saya juga layari internet untuk mendapat informasi tentang spirulina)

Spirulina kaya dengan zat vitamin, mineral, chlorophyll, omega 3 dan omega 6 juga mengandungi kadar protein yang tinggi, melebihi daging, telur, sayuran dan kekacang.

Pengambilan spirulina sebagai supplement tambahan akan memberi kesan yang sangat positif kepada kesihatan badan.