Semalam saya dijemput kawan makan tengah hari di rumahnya. Sebelum itu perut dah rasa kurang selesa. Saya dah jangka saya akan sakit tapi terlupa pulak nak minum jus aloe vera. Saya terus ke rumahnya, makan dan bersembang2. Sejam jugak duduk disana. Terlintas di hati nak balik awal tapi fikir punya fikir, rasa kurang manis lah pulak. Tiba2  badan rasa macam nak demam, terpaksa jugalah minta diri, balik.

Badan rasa sangat lemah dan saya jangka saya mungkin keracunan makanan. Detik hati,  sakit ini memang serius dan ketika ini siapa pun tiada di rumah.  Suami dalam perjalanan pulang dari Bangkok, lewat petang baru tiba and my only son pula keluar, jumpa kawan.

Saya ke dapur minum 1/2 cawan jus aloe vera dan terus naik ke atas dan baring. Saya tahu keracunan makanan sangat merbahaya. Perut dah memulas dan saya cuba menahan kesakitan.  Sejam kemudian saya minum lagi 1/2 cawan jus aloe vera dan merancang kalau semakin teruk keadaan saya, mungkin perlu pergi ke klinik. Biasanya kalau minum 2 kali insyaAllah the problem is gone but not this time. Sakit dah kurang, tapi sikit je, but its a good sign. Minum jus kali ke 3. Kali ni 3/4 cawan. Alhamdulillah selepas 30 minit, sakit dah kurang hampir 90%. Masih terasa sikit sakit tapi boleh kira dah ok. No dinner dan tidur dengan perut keroncong, hehehe…

Saya selalu stok jus aloe vera dirumah. Saya ada tulis khasiat aloe vera sangat menarik dalam entri sebelum ini. I’m ok now, Alhamdulillah.

4 thoughts on “Keracunan makanan

  1. Sy pun biasa jadi mcm tu wlp sudah dpt ubat klinik, byk hari juga perut masih memulas. Kalau makan dari daun aloe vera fresh sama tak?

    1. Tidak pernah cuba, insyaAllah boleh sebab khasiat aloe vera memang baik untuk usus cuma rasanya perlu makan banyak sikit untuk mendapat manfaatnya.

  2. Terus terang saya ingin kata, artikel2 puan yg ringkas dn berilmu buat saya terus membaca sejak seminggu lepas, taniah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s