Semalam saya masak puding, oleh kerana terlupa nak masukkan susu pekat kedalam puding jadi terpaksa le saya buat sos coklat, hahaha. Tapi bagus jugaklah terlupa pada susu pekat ni sebab dia membuat saya teringat kepada si koko. Bercakap perihal koko ni, rupanya si koko ni memberi banyak khasiat pada kita. Patut le bila sesetengah orang stress, mereka suka makan chocolate, dikatakan boleh menghilangkan stress tapi bagi saya boleh menambahkan stress sebab ia menambahkan berat badan. kalau nak hilangkan stress beli koko powder dan buat minuman and maniskan dengan madu. InsyaAllah boleh hilangkan stress.
Kandungan flavonoid yang tinggi didalam koko khususnya epicatechin, mungkin memberi kesan yang sangat berfaedah terhadap kardiovaskular. Satu lagi faedah koko dikatakan ia mampu membantu dalam mengurangkan ancaman kencing manis dan kolesterol.
Kajian mendapati koko mungkin berguna merawat penyakit yang melibatkan gangguan saraf tridgeminal termasuk migrain dan gangguan temporomandibular sendi sebab kajian mendapati Koko mengandungi ramuan aktif secara biologi melegakan saraf mudah terangsang. Kandungan anti radang dalam koko, polyphenols menghalang enzim tertentu ke usus kecil yang menyebabkan keradangan/ inflammation dan didapati flavonoid dalam koko boleh merendahkan tekanan darah yang mungkin membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.. Diet yang kaya dengan koko boleh mengurangkan risiko kanser kolon.
Kajian terhadap 30 orang dewasa yang sihat mendapati, makan kira2 1 auns coklat gelap boleh mengurangkan tahap ‘stress hormones’.
Coklat gelap/ dark chocolate kaya dengan epicatechin, antioksidan bermanfaat menguatkan membran dan menawarkan perlindungan daripada beberapa bentuk penyakit kardiovaskular dan dikatakan Polyphenol boleh mencegah darah beku pada platelet darah.
RESEPI PUDING KURMA DAN KACANG ALMOND
Saya kisar 3/4 cawan kacang almond (jangan halus sangat)
1 cawan susu sejat penuh krim + 5 biji telur + 11 biji kurma + 1 tbsp tepung jagung + 3 tbsp butter dan sedikit garam. Kisar bagi sebati.
kemudian baru masukkan almond dan kisar lagi untuk beberapa saat je supaya adunan sebati lagi.
Sapu butter pada mangkuk, tuang adunan dan kukus selama 50 minit.
kalau nak kurangkan masa kukus kena guna mangkuk yang leper
Dah masak. Makan bersama sos koko
(bila tak masukkan susu pekat, puding ni sangat berkhasiat, sebab boleh makan dengan madu.)
Sos koko. 3 tbsp koko powder + 4tbsp susu sejat penuh krim di kacau rata dan masukkan 1 cawan susu pekat + 4tbsp butter dan secubit garam. Masak atas api yang sederhana dan kacau selalu. Bila sejuk tuang atas puding.
Dessert untuk berbuka puasa.
SELERA RAMADAN
Ada satu rahsia nak beritahu, sshh…’ jangan berbaik2 sangat dengan manis sebab manis tu best friend penyakit’
Wow .. nampak best, nak cuba lah masak petang ni … thanks for sharing
Puan, saya ada almond mentah, perlu digoreng dulu tak?
Lupa pulak nak tulis kat situ, saya guna almond mentah. Selamat mencuba semoga puan ke cik? suka dengan puding ni. Salam
Sy tak pernah buat sos koko dgn labu tapi boleh ‘agak2’ sos puan brkrim, lemak dn enakk..
cuba le buat puding ni, mungkin puan suka
Err..puan masa jadi Amoi Cun takpe kan baik dgn ‘gula’, bila jadi Nyonya Cun barulah berbaik dgn ‘honey’. Nk ikut macam puan kasih.
sekarang ni ramai yang muda dari amoi bermasalah sebab suka pada ‘gula’
Dulu ni sy ingat buah koko kena kupas mcm betik. Wrna koko bila ranum ke orengnan… nampak sedap! (org lain mungkin tak sependapat kut hahaha)