Khasiat kacang hijau

Kacang hijau adalah makanan yang boleh dikatakan ‘ superfood’ kerana kandungan zat vitamin, mineral, kaya dengan protein, tinggi serat dan rendah lemak tepu, rendah sodium dan tidak mengandungi kolesterol, memberi banyak manfaat pada kesihatan badan.

image
(Saya suka beli kacang hijau yang organik, insyaAllah tiada bahan kimia yang boleh memudharatkan kesihatan)

Kacang hijau menawarkan pelbagai kebaikan seperti meningkatkan sistem imun, metabolisme, mengurangkan  lemak hati, membantu mengawal hormon, boleh melegakan ‘ hot flashes’ (simptom menopaus bagi sesetengah wanita), menggalakan tahap gula dalam darah yang sihat (mesra diabetes) dan boleh mengawal berat badan kerana kacang hijau mengandungi kadar glycemic yang rendah.

Kandungan phytosterol dalam kacang hijau merupakan satu lagi nutrien yang boleh menurunkan kadar kolesterol. Kacang hijau juga dikatakan boleh mengawal tekanan darah kerana terdapat zat kalium (potassium) di dalamnya.

Rebusan air kacang hijau membantu menyejukkan badan,  mengeluarkan toksin,  baik untuk kulit, ulser dan ruam.

1/2 cawan kacang hijau + 4 cawan air di rebus selama 15 minit diatas api yang kecil. Periuk di tutup semasa merebus kacang hijau. Tapis dan bila dah suam bolehlah di minum.( jangan biarkan kacang hijau berendam lama didalam air rebusan, sebab nanti kacang akan kembang )
Kacang hijau yang sama boleh diulang rebus untuk kali kedua. Kacang hijau bersifat menyejukkan badan jadi tidak digalakkan mengambilnya bagi mereka yang sering mengalami sejuk di tangan dan kaki. Elak makan kacang hijau kalau mengalami cirit birit.
Murah tapi berkhasiat….

Khasiat Milk Thistle

image

( Bunga Milk Thistle )

image
( Milk Thistle dalam bentuk kapsul mudah di dapati di kebanyakan farmasi )

Hati adalah organ yang berdaya tahan dan bertindak sebagai penapis semulajadi yang berfungsi untuk menyahtoksik. Hati juga mampu pulih sendiri jika berlaku kecederaan padanya, atau tumbuh semula jika perlu.

Ekstrak Milk Thistle telah diiktiraf sebagai tonik hati. Milk thistle dikatakan memberi manfaat kepada kerosakan hati pada peringkat awal dan mengekalkan fungsi untuk melindungi terhadap pembetukan sirosis hati, hepatitis kronik (radang hati),memberi kesan anti radang pada sel2 yang rosak, gangguan pundi hempedu dan mencegah serta membaiki kerosakan pada hati daripada bahan kimia dan toksik ubatan.
Milk Thistle juga boleh membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat
dengan merangsang pengeluaran hempedu dan bertindak sebagai julap bagi membantu melegakan sembelit.

Milk Thistle sering menjadi pilihan saya untuk detoksifikasi hati.

Sekiranya ketika ini kita mengambil ubat2 preskripsi dan merancang untuk mencuba Milk Thistle, dapatkanlah nasihat doktor terlebih dahulu.

image
Buku ini manfaat untuk rujukan

Renungan bersama

Surah Al-Munaafiquun dari ayat 9-11, yang bermaksud:

9) Hai orang2 yang beriman, janganlah harta2 mu dan anak2 mu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang2 yang rugi

10) Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepada mu sebelum datang kematian kepada salah seorang diantara kamu,  lalu ia berkata, ” ya tuhan ku, mengapa engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang2 yang saleh”?

11) Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

” Ya Allah, kami mohon keredhaan Mu…”