Kerapu asam purut

Untuk makan tengah hari ini saya masak ikan kerapu asam purut. Sebelum masak saya rendam ikan kerapu ini dengan 2 sudu besar tepung gandum supaya hilang bau hanyir. Masakan ini sebenarnya agak masam dan pedas sikit. Jadi boleh kurangkan  air perahan limau dan cili mengikut citarasa 🙂

Jom kita tengok resipi kerapu asam purut ni..

 

image

 

 

Bahan-bahan:

1)  3 ekor ikan kerapu
2)  3 cawan air
3)  3 batang serai diketuk
4)  7 helai daun limau purut
5)  15 biji cili padi diketuk
6)  2 biji limau nipis
7) Garam secukup rasa

Caranya:

1) Masak air hingga mendidih dan masukkan ikan kerapu, serai, daun limau purut dan cili padi.
2) Bila dah masak tutup api dan masukkan air perahan limau nipis dan garam secukup rasa

 

Tada.. 🙂  Dah pun siap untuk dimakan.

Mudahkan? Selamat mencuba

Khasiat Belimbing Buluh

Saya suka kukus belimbing buluh dan makan dengan sambal garam atau masak dengan lemak cili padi. Belimbing buluh boleh menambahkan perisa masakan dan dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan darat (ikan air tawar).

image
(buah belimbing buluh)

Dikatakan belimbing buluh mempunyai khasiat yang tinggi dari segi perubatan dan sering di gunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit dan menghilangkan jerawat. Caranya; tumbuk lumat dan campur sedikit air, gosok perlahan di muka, biarkan sekejap saja dan bilas dengan air seperti biasa. (saya tak pernah amal petua ni)

image
(Buku ini juga digunakan sebagai sebahagian rujukan)

Dikatakan jus belimbing buluh juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis, mengelakkan pitam, mengawal obesiti dan anti radang. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, dikatakan merebus buah ini dan minum dua kali sehari dapat memberi kelegaan.

Daun belimbing buluh bila di jadikan pes boleh merawat gatal, bengkak, reumatisme dan dikatakan teh daun ini boleh merawat penyakit kelamin.

Buah belimbing buluh mudah rosak, walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Boleh di jerukkan dan di buat jem. Bila di jerukkan asid yang terkandung di dalam buah ini akan berkurangan.

Ada berpendapat mereka yang menghidapi angin medu, tidak boleh makan buah belimbing buluh.

Buah ini boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran, hmm… sangat menarik!!!