Saya seorang yang sangat minat membaca. Semasa muda suka baca buku cerita. Sekarang ni lebih berminat pada ilmu2 mengenai kesihatan untuk diaplikasikan dalam hidup. Saya ada upload gambar buku2 saya, itu pun bukan semuanya. Ada sesetengah buku saya dalam bentuk soft copy yang di simpan didalam kindle.
Kindle merupakan alat elektronik untuk memuat turun, menyimpan dan juga membaca e buku. Kita boleh beli dan download buku2 yang free di Amazon atau di internet ke dalam kindle. Salah satu ciri terbaik kindle ialah screen nya yang tidak menyakitkan mata walaupun baca berjam2. Kindle juga boleh menyimpan beribu2 buku dan ia tidak terhad kepada apa yang terdapat di Amazon saja.
Dengan adanya kindle saya tidak perlu lagi bawa buku yang berat kemana saja saya pergi. Kindle hadiah dari anak perempuan dan yang bestnya urusan download ni dia yang selalu buatkan untuk saya! 🙂
Kindle function sama tak dengan ipad?
kindle ni murah dan screennya pakai teknologi yang tidak menyakitkan mata untuk baca lama2. So it is suitable for reading, tapi tidak boleh browsing seperti ipad.
Kalaulah ibu hadiahkn sebuah kindle…sy lompat tinggi tak payah guna galah!