image

Minyak flaks mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat mudah diserap oleh badan.
Beberapa faedah kesihatan biji flaks yang dikumpulkan dari beberapa sumber adalah seperti berikut:

1. Mengurangkan paras kolesterol
2. Mengurangkan tekanan darah tinggi
3. Meningkatkan tenaga, kecergasan dan stamina
4. Perlindungan terhadap kanser, terutama kanser payudara dan prostat
5. Menghindari darah beku
6. Meningkat sistem imun
7.Peningkatan kadar metabolik dengan memberi kesan positif ke atas pengurusan berat badan
8. Merawat kulit ekzema dan psoriasis
9. Melegakan keadaan tisu radang termasuk artritis
10. Menormalkan paras gula dalam darah

Ada berpendapat, bagi individu yang mempunyai kulit berminyak pengambilan minyak flaks boleh memburukkan lagi keadaan.

Sesetengah orang merasa loya apabila mengambil biji flaks yang dikisar. Dengan memakan buah betik masalah ini dapat ditangani kerana enzim yang terkandung dalam betik dapat menghilangkan rasa loya.

Perlu diingatkan minyak flaks mesti sentiasa di simpan di dalam peti sejuk

image

Dr. Johanna Budwig, seorang biokimia Jerman berpendapat bahawa orang yang sihat mempunyai kandungan yang lebih tinggi omega 3 dalam darah daripada orang-orang yang sakit. Omega 3 adalah salah satu asid lemak yang sangat diperlukan oleh badan.
Beliau juga berpendapat bahawa diet yang tidak betul adalah punca kanser. Lemak trans pula mempunyai kesan negatif pada membran sel dan adalah faktor utama pembiakan kanser. Beliau turut menjelaskan bahawa pelan penyembuhan yang dicadangkannya mampu berfungsi memperbaiki sel-sel badan.

Protokol Budwig ( Budwig diet) adalah diet anti kanser. Diet yang kaya dengan minyak flaks yang dicampur dengan keju kotej dan susu, sayur, buah dan makanan yang berserat tinggi. Diet yang perlu dielakkan ialah gula, lemak haiwan, daging, mentega dan marjerin. Beliau mendakwa bahawa dalam tempoh 3 bulan, bagi sesetengah pesakit yang mengikuti diet ini, tumor mengecut dan menjadi lebih kecil; ada juga tumor yang terus lenyap serta pesakit berasa lebih baik…

11 thoughts on “Khasiat Minyak Flaks (Flax seed Oil)

    1. Bagus soalan Puan, sebab selama ini saya tak pernah terfikir pun soalan begitu. Saya cuba cari jawapan tu, hingga kini yang saya dapat ada dua pandangan. Ada kata ok dan ada kata tidak sebabnya flaxeeds oil dikatakan boleh memberi kesan pada lemak yang terkandung di dalam susu.. Waallahua’lam

  1. salam dear….bagusnya khasiat flaxseed ni,tapi lynda ibu menyusu,tak boleh amik lah ye….huhu
    oh ya,jemput lawat blog saya juga ya….

      1. Ada 2 pandangan, 1) Boleh ambil ketika menyusu. 2) Ada mengatakan, mengambil minyak flaks boleh memberi kesan pada susu badan..Waallahua’lam.. Begitu juga dengan pengambilan halia dan lada hitam, bagus sangat untuk wanita dalam pantang tp jika menyusu bayi, akan memberi kesan panas pada bayi.. Wallahua’lam..

  2. Saya mengalami tisu koyak (artaitis) di bawah lutut kanan sebelah dalam yg mengadap lutu kiri. Endoscopy telah di buat bahagian lutut saya pada 10/2/16 dan pada 7/4/16 saya telah membuat PRP (plasma darah saya) untuk memasukan sel darah tersebut kedalam lutut saya bertujuan supaya tisu koyak dapat tumbuh dengan cepat. Tetapi sehingga sekarang tisu tersebut masih sakit apabila berjalan. Buat masa ini saya mengambil Viartril-S 500 dan AnJoint. Bolehkah saya mengambil Fresh Flax Seed Oil untuk mempercepatkan tisu koyak sembuh,

    1. Untuk tisu koyak memang mengambil masa untuk sembuh. Saya pernah mengalaminya di bahagian belikat bahu. Sangat sakit! Ketika itu doktor kata sakit saya tak mungkin akan sembuh. Alhamdulillah sembuh setelah saya amal minum jus nenas hari2 selama sebulan setengah… Pn. Hasnah cubalah dgn minyak flaks, mungkin bermanfaat… kalau tak cuba kita tidak tahu berkesan atau tidak sebab setiap tubuh individu itu berbeza…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s