Puding Nenas

Petang tadi kawan-kawan datang ke rumah dan saya jamu puding nenas… 😀

image

Bahan-bahan:

2 tin nenas kiub dan sirap (Jenama Ayam, pineapple cubes)
1 sudu besar gula
2 1/2 cawan susu segar
3 merah telur
3 sudu besar tepung gandum ( kalau nak lebih likat tambah 2 sudu besar)
1 sudu besar mentega
Secubit garam

Cara:

1) Masukkan nenas dan sirap ke dalam periuk. Masukkan 1 sudu besar gula dan masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih
2) Masukkan susu segar, telur, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati dan tapis. Kemudian tuang ke dalam nenas.
3) Kacau sehingga masak. Kemudian tuang ke dalam mangkuk dan sejukkan

Puding nenas ini sedap dimakan bersama susu sejat

Rasanya?
laku puding ni. 🙂

khasiat Jintan Putih

Dikatakan jintan putih mempunyai ciri2 anti kanser yang kuat.

Herba tradisional ini mempunyai banyak kegunaannya.
Jintan putih didapati berkesan dalam merangsang kitaran haid dikalangan wanita. Ia juga digunakan untuk rawatan buasir, melawan selsema dengan meningkat sistem imun, menyahkan toksin, melegakan masalah gas dan seterusnya memperbaiki sistem penghadaman dan menggalakan selera makan. Jintan putih mengandungi “thymol”, kompaun yang merangsangkan pengeluaran asid perut dan membolehkan tubuh untuk mendapat khasiat maksimum daripada makanan.

image

Pesakit anemia sering disyorkan untuk memasukkan jintan putih dalam diet harian untuk pemulihan yang lebih cepat. Ia juga boleh menyingkirkan kahak dan meringankan penyakit tertentu seperti asma dan bronkitis.

Seperti dengan teh lain, teh jintan putih mudah disediakan. Di rebus dan harus dibiarkan beberapa minit sebelum diminum.
Sebagai tonik yang hebat untuk kesihatan badan.

image

image

Buku-buku ini saya gunakan sebagai sebahagian daripada rujukan.

Khasiat Jintan Manis

Jintan Manis termasuk dalam kalangan makanan yang sihat. Digunakan secara meluas dalam masakan.

Herba jintan ini mempunyai pelbagai khasiat perubatan.

image

Teh jintan paling berkesan untuk pencernaan, boleh membantu kejang perut dan melegakan sembelit. Herba ini juga dikatakan boleh merangsangkan detoksifikasi, dapat merawat gejala2 PMS dengan mengawal hormon estrogen dan juga membantu meningkatkan keinginan seksual. Manfaat kesihatan yang lain ialah menurun paras kolesterol ldl, meningkat sistem imun, menghalang pembentukan gas dalam saluran usus, melegakan asma, batuk dan tonik untuk buah pinggang. Herba ini boleh dikunyah untuk menyegarkan bau nafas.
image

image

Bagi saya yang sangat menarik tentang jintan ni, dikatakan boleh membendung selera makan, meningkat tahap tenaga, menghalang rasa lapar dan membantu dalam mengurangkan berat badan! 🙂

1 tsp jintan manis ( crush the fennel lightly) + 1 cawan air panas. Di rendam selama 5-10 minit, tapis dan boleh maniskan dengan madu. Minuman ini sesuai untuk siapa-siapa nak diet hehe..

Teh jintan manis ini tidak sesuai bagi wanita mengandung.