Satu hari ketika saya dan kawan2 berjalan di kaki bukit, salah seorang berkata ” I kalau tak datang jalan ke sini, tekanan darah akan naik. lagi pun, I tak ambil ubat darah tinggi”
Saya pun berkata ” Ye lah, makan ubat darah tinggi nanti ada kesan sampingan. kalau kita boleh elak, elaklah….”

Kenapa ye sekarang ini ramai sangat orang dapat masalah tekanan darah tinggi. Dulu-dulu orang tua je yang makan ubat darah tinggi, sekarang ini umur 30an pun ada yang makan. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi. Tambahan pula masalah ini tidak memberi sebarang tanda-tanda diperingkat awal. Bukan itu saja, ada juga yang menghidap tekanan darah tinggi bertahun-tahun tanpa mengalami sebarang simpton. Sedar-sedar dah kronik. Bahaya kan kalau macam ini?
Rasa sihat tapi sebenarnya tak sihat, makan tak pantang sebab sentiasa rasa tak ada problem!
Bagi pandangan saya, bila kita dah meningkat usia, elok la kita sekali sekala jumpa doktor, Check yang mana patut. Bukan apa, bila kita tahu ada masalah, kita akan lebih berjaga-jaga, betul tak?

Tapi apakah yang menyebabkan tekanan darah tinggi?
Adakah kerana gaya hidup yang tidak sihat meningkatkan tekanan darah?
Bolehkah tekanan darah tinggi dikawal dengan diet yang betul?

(Alat di bawah ini boleh memantau tekanan darah)
image

image
(Mengukur tekanan darah sendiri adalah salah satu cara yang baik dalam menguruskan kesihatan badan.)

Tekanan darah tinggi berlaku bila jantung menggunakan tekanan yang berlebihan bagi mengepam darah ke urat dan arteri. Apabila tekanan darah meningkat berkali-kali, ia boleh menyebabkan hipertensi kronik yang menyebabkan serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan strok.

Semua orang tahu masalah ini merbahaya. Tapi apakah puncanya? Ada beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi;
Merokok, Obesiti-berat badan berlebihan, Tidak aktif dan juga kurang bersenam, Usia- lebih tua risiko lebih tinggi, Genetik, Penyakit Kronik buah pinggang, Stres, pengambilan garam yang berlebihan, Diet tinggi lemak dan juga kencing manis

Boleh ke masalah ini diatasi? Ada kata boleh dan ada berpandangan tidak mungkin. Terdapat banyak kisah dalam internet dan buku-buku menunjukkan mereka-mereka yang berjaya menurunkan tekanan darah kepada paras normal dengan membuat perubahan pada gaya hidup yang sihat termasuk pengurangan pengambilan garam, memperbaiki diet dan senaman. Selain daripada itu seseorang itu perlu juga bijak mengurus atau mengawal stres kerana stres boleh meningkat tekanan darah.

image

(Bagi mereka yang tiada masa untuk bersenam di luar mungkin treadmill yang terdapat di rumah boleh membantu melakukan senaman pada bila-bila waktu.)

Bagi saya kita kena luangkan masa untuk buat aktiviti fizikal, tak kiralah berjogging, berjalan naik bukit, treadmill, berbasikal, pergi gim atau apa saja, yang penting kita kena pastikan otot2 kita sentiasa bersenam. Jadi dengan meningkatkan aktiviti fizikal, seseorang itu boleh menurunkan tekanan darah dalam beberapa minggu saja.

Berjalan adalah senaman berimpak rendah dan selamat dan biasanya sesuai untuk semua peringkat umur. Kerap berjalan akan menjadikan jantung kuat.

Tidak mudah untuk mengubah tabiat makan. Tapi inilah cara yang terbaik bagi menurunkan tekanan darah tinggi dengan memantau apa yang dimakan. Tingkatkan kandungan potassium dan magnesium kerana zat galian ini dapat mengurangkan kesan sodium pada tekanan darah. Sumber yang baik ialah buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan pengambilan air dan tidur yang mencukupi…

Perubahan pada gaya hidup yang sihat bukan saja boleh mengelakkan diri dari mendapat tekanan darah tinggi, malah ia boleh juga mengurangkan keperluan kepada ubat.

Di bawah adalah buah-buahan, sayur- sayuran dll yang tinggi kandungan patassium dan juga magnesium.

image

image

image

image
Sebentar tadi saya kisar 7 biji kurma + 3 biji buah aprikot kering + 1 tsp serbuk koko + 1 gelas air. Hmm… minuman berkhasiat untuk sarapan pagi saya 🙂

Bila kita berusaha menangani masalah ini, insyaAllah kesihatan badan akan lebih baik…….. 🙂

6 thoughts on “Masalah tekanan darah tinggi

  1. Salam Puan, saya sebenarnya mempunyai masalah tekanan darah rendah. Mudah rasa pitam. Badan saya dah semakin gemuk, 75kg, dan saya mahu berdiet. Apa tips untuk berdiet utk golongan berdarah rendah?

  2. Assalam..sy bru 2 minggu mkn ubat drh tinggi 4mg..sy sedar cara pemakanan sy tk baik selama ini. Umur bru 33 thn. Ada tak peluang sy stop ubat satu hari nnti krn skrg sy brjaya turunkan berat bdn dan kerap senaman waktu petang. Sy check tekanan dh turun kpd 134/82.

    1. Waalaikumussalam. Saya ada kawan yang mengambil ubat darah tinggi selama beberapa tahun. kata mereka, walaupun ada mengambil ubat, setiap kali stress, tekanan darah naik. Ada yang mengambil minyak zaitun (lebih setahun) dalam diet setiap hari, alhamdulillah bacaan tekanan darah turun walaupun dlm keadaan stress.
      Bagi pandangan saya, bila tekanan darah dah kembali normal, mungkin boleh bincang dengan doktor supaya kurangkan dos sedikit demi sedikit dan mungkin boleh berhenti satu hari nanti. inshaaAllah. Bincanglah dgn doktor dan janganlah mengambil sebarang tindakan berhenti mengambil ubat darah tinggi tanpa mendapat nasihat dari doktor. Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s