Sejak usia meningkat, saya dapati citarasa saya pada makanan banyak berubah. Kalau dulu semasa muda suka makan coklat, aiskrim dan kek berkrim. Sekarang jarang sekali. Bukannya apa, bagi saya makanan yang mengandungi susu, berbau lembu hahaha… Entah la kenapa jadi begitu, dah bertahun macam ni. 🙂 Hmm…tapi adalah kebaikannya jugak, saya jadi kurang makan makanan manis. Alhamdulillah.

Mengapa ya sekarang ni terlalu ramai menghidap penyakit kencing manis. Kalau dulu orang dewasa je, sekarang ini budak2 pun ramai dah dapat kencing manis. Sedih sangat bila kita tengok budak2 ni. Masa depan masih panjang, dah terpaksa melalui banyak kesukaran menghadapi masalah yang memudharatkan kesihatan badan mereka.Pada pengamatan saya, budak2 sekarang kerap sangat minum minuman tin dan kotak dan juga makan makanan yang manis dimana terdapat kandungan gula yang sangat tinggi. Berlebihan gula dalam darah boleh menyebabkan kencing manis dan jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit ini menjadi kronik

Masalah penyakit kencing manis tidak boleh dipandang ringan.Teringat pada teman saya yang menghadapi masalah kencing manis tahap kronik. Katanya ” I perlu timbang setiap makanan sebelum makan, kena pastikan kuantiti yang diambil tidak menyebabkan berlebihan gula”

Apakah kesan penyakit kencing manis kronik pada kesihatan badan? Diantaranya adalah
1¤ Bila gula berkumpul dalam darah ke tahap yang sangat tinggi,saluran darah menjadi tebal dan kurang elastik, menyebabkan darah sukar mengalir
2¤ Boleh menyebabkan kerosakan kepada saluran darah dalam retina mata
3¤ Boleh merosakkan saluran saraf yang akan mengakibatkan kebas dan kesemutan pada kaki atau tangan

Justeru, kita semua mesti berusaha mengelakkan diri dari mendapat kencing manis dengan mengawal pengambilan makanan yang berlebihan gula. Kandungan gula dalam darah boleh dipantau dengan menggunakan alat seperti dibawah.

image

Kebaikan pemantauan sendiri adalah ia membuat kita lebih berhati dan membantu kita merancang pemakanan harian. Ia juga mendisiplinkan kita dari melakukan perkara2 yang negatif kepada kesihatan.

InsyaAllah blog ini akan menyentuh mengenai herba yang boleh mengawal paras gula dalam darah di post yang akan datang.

8 thoughts on “Masalah berlebihan gula dalam darah

    1. Buah Anggur, Plum, Prune, Buah kering seperti Aprikot dan Raisin. Termasuk Pisang 😉 Banyak lagi tapi kalau makan sikit untuk cuci mulut ok je. Bila kita makan buah sebaik2nya semasa perut kosong. Banyak manfaat..

  1. Ehmm…penyakit kencing manis ni dan lain-lain penyakit kronik banyak menyerang mereka yang tidak mengamalkan cara pemakanan seimbang. Dalam dunia serba moden dan rutin seharian yang sibuk menjadikan manusia kurang mengambil kisah tentang makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan mereka. Kebanyakan makanan dan minuman yang diambil oleh seseorang banyak mengandungi asid. Banyakkanlah makan dan minum sesuatu yang tinggi kadar alkalinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s