Kita boleh tahu hampir segala-galanya tentang makanan yang dibungkus dengan melihat pada label bahan-bahan….
Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali bila saya hendak membeli makanan yang diproses/bungkus, walaupun terdapat tanda halal, saya pasti melihat pada label bahan-bahan. Seboleh mungkin saya akan jauhi bahan kimia yang pelik yang ditambah dalam makanan, bahan pengawet, vitamin sintetik,’high fructose corn syrup’ (hampir mustahil untuk mengelakkannya kerana terlalu banyak produk makanan mengandunginya), trans-fat, pewarna tiruan, MSG dan sodium nitrate. Bahan-bahan ini boleh memberi kesan negatif pada tubuh badan.
Mungkin mustahil untuk mengelakkan bahan-bahan ini sepanjang masa, tetapi kita harus sekurang-kurangnya menghadkan pengambilannya. Kita perlu melakukan yang terbaik untuk menjaga diri kita….