Minggu lepas beli 2 salad sprouter dan 2 jenis benih Alfalfa dan Detox mix. Malam baru saya rendam 1 tbsp benih detox mix.
Masukkan 1 tbsp benih ke dalam balang untuk dicambahkan
Rendam semalaman
Hari 1: Awal pagi buangkan air rendaman dan letakkan balang seperti di atas, supaya benih tidak berendam air. Pada waktu petang bilas sekali lagi
Hari 2: Bilas benih dua kali sehari. Pagi dan petang.
Hari 3: Bilas lagi seperti biasa, pagi dan petang.
Hari 4: Seperti biasa, bilas pagi dan petang.
Hari 5: Seperti biasa. Pastikan bilas dengan betul untuk menghindar sprout rosak dan berkulat
Hari 6: Dah boleh makan. Boleh simpan dalam peti sejuk untuk beberapa hari.
Hari 5: kacang hijau dah jadi taugeh. Taugeh ni tidak kelihatan seperti yang dijual di kedai kerana ia tiada kandungan kimia didalamnya. Bahan kimia tertentu boleh membuat taugeh jadi gemuk dan putih. Hmm…yang bestnya hari ni makan taugeh organik!!
Semangkuk taugeh kegemaran suami. 🙂 tadi rendam lagi kacang hijau. InsyaAllah 5 hari akan datang boleh bagi suami makan taugeh lagi! 😉
Infomasi dari buku ini tentang sprouts sangat menarik.
Sprouts adalah makanan yang sangat berkhasiat dan boleh membantu mengekalkan kesihatan dan mempunyai keupayaan melindungi daripada penyakit tertentu. Sprouts kaya dengan zat vitamin dan mineral, tinggi kandungan enzim dan protein serta mudah hadam. Sprouts juga kaya dengan serat dan rendah kalori, boleh membantu menurunkan berat badan 😉
suami saya juga suka makan taugeh tapi bila yang beli ni faham2 saja lahhh . macam macam yg kita dengar…
Salam Kasih. Saya suka taugeh yg mentah bila dibuat ulam or digaul dgn sayur lain dalam kuah pecal!
Bekas dan benih tu beli kat mana? Boleh share?
Saya beli di kedai organik di ikea. 🙂
Tima kasih share ngan kami smua.nk try jugak ni…mnarik
Sama2 Amy. Selamat mencuba. 🙂
salam, kat mana nk beli benih alfalfa ni?
WaalaikummusSalam. Ada sebuah kedai organik di One Utama,PJ
boleh Puan bg nama kedai dan alamat dia, sy cari sudah lama..
Minta maaf ya, saya tersilap.. saya beli di kedai Justlife dekat Ikea. Kedai Justlife ada juga di LG 28, 2, jalan PJU7/2, Mutiara Damansara PJ. Cuba call Tel: 03 77285503
Satu lagi,
BMS Organic Centre di One Utama shopping Mall, New Wing.
Tel: 03 77250828
Jazakallah..terima kasih byk atas infonya