Minggu lepas beli 2 salad sprouter dan 2 jenis benih Alfalfa dan Detox mix. Malam baru saya rendam 1 tbsp benih detox mix.
Masukkan 1 tbsp benih ke dalam balang untuk dicambahkan
Rendam semalaman
Hari 1: Awal pagi buangkan air rendaman dan letakkan balang seperti di atas, supaya benih tidak berendam air. Pada waktu petang bilas sekali lagi
Hari 2: Bilas benih dua kali sehari. Pagi dan petang.
Hari 3: Bilas lagi seperti biasa, pagi dan petang.
Hari 4: Seperti biasa, bilas pagi dan petang.
Hari 5: Seperti biasa. Pastikan bilas dengan betul untuk menghindar sprout rosak dan berkulat
Hari 6: Dah boleh makan. Boleh simpan dalam peti sejuk untuk beberapa hari.
Hari 5: kacang hijau dah jadi taugeh. Taugeh ni tidak kelihatan seperti yang dijual di kedai kerana ia tiada kandungan kimia didalamnya. Bahan kimia tertentu boleh membuat taugeh jadi gemuk dan putih. Hmm…yang bestnya hari ni makan taugeh organik!!
Semangkuk taugeh kegemaran suami. 🙂 tadi rendam lagi kacang hijau. InsyaAllah 5 hari akan datang boleh bagi suami makan taugeh lagi! 😉
Infomasi dari buku ini tentang sprouts sangat menarik.
Sprouts adalah makanan yang sangat berkhasiat dan boleh membantu mengekalkan kesihatan dan mempunyai keupayaan melindungi daripada penyakit tertentu. Sprouts kaya dengan zat vitamin dan mineral, tinggi kandungan enzim dan protein serta mudah hadam. Sprouts juga kaya dengan serat dan rendah kalori, boleh membantu menurunkan berat badan 😉