Bagaimanakah kita boleh tahu sayur itu organik atau tidak? Kalau tengok pada sayur, saya tak mungkin boleh bezakan. Saya beli sayur organik berpandukan pada label diplastik pembungkusan dan saya dapati harganya lebih mahal dari sayur bukan organik. Tetapi boleh pastikah sayur yang dilabelkan organik itu betul-betul organik?
Antara ciri2 utama sayur organik ialah ia tidak mengandungi bahan kimia dan tidak boleh bertahan lama. Ini membuatkan ia baik untuk kesihatan badan. Dari pengalaman saya membeli sayur di Jusco, sayur organik boleh tahan selama 4 atau 5 hari saja. Sebab tu saya tidak akan simpan lama dan cepatkan masak sebelum ia rosak
Baru-baru ini terlintas dihati saya nak buat experiment ini. Saya beli sayur organik dan sayur bukan organik dari supermarket X (bukan Jusco) dan saya simpan di dalam peti sejuk. Saya ingin melihat berapa lama kedua-duanya dapat bertahan.
Hari 2: Kiri organik dan kanan bukan organik. Tiada perbezaan.
Hari 10: Sayur bukan organik. Seperti biasa sayur ini tahan lama.
Hari 10: Sayur organik. Saya terkejut bila melihat sayur ini. Cuma sehelai daun je yang nampak rosak, yang lain dalam satu plastik semua masih segar bugar….
Hati tertanya-tanya betul ke sayur ini organik atau sekadar label sahaja? Sedangkan sepatutnya jika ia benar organik, sayur ini dah pun rosak.
Rasanya lepas ni beli kat Jusco je la. Sekurang-kurangnya saya yakin ia memang organik insyaAllah!
Saya memang pelanggan setia Jusco…! Sayurnya segar. Sebab tidak dijual lagi pada hari selepasnya. Bila petang, mereka re-pricing dan jual murah, asal boleh habis. Tidak simpan berhari-hari.
setuju dengan Puan… 😀