Tadi masak tomyam untuk makan malam bersama suami. Biasanya bila masak tomyam saya akan rebus ikan bilis bagi mengantikan sos ikan. Saya tak pernah jumpa sos ikan buatan Malaysia di supermarket jadi sebab itulah setiap kali bila masak tomyam saya akan gunakan ikan bilis. Bagi saya sedap juga 🙂
Sebenarnya masakan rebus macam ini banyak khasiatnya. Bagus juga kalau kita selalu masak masakan ini dan kurangkan makanan bergoreng. Tomyam sedap dimakan semasa panas.
Jom masak tomyam.. 🙂
Bahannya :
1) 21/2 cawan air
2) 11/2 ” lengkuas di ketuk
3) 3 akar serta batang ketumbar
4) 4 tbsp ikan bilis
5) Jus 1/2 biji lemon
6) 2 batang serai diketuk
7) 10 cili padi diketuk
8) 4 helai daun limau purut, diramas
9) 4 ekor udang besar, dipotong buang1/2 bahagian kepala udang. Belah dibahagian atas udang untuk membuang perut hitam yg terdapat dalam udang. kulit udang tidak dibuang.
10) 4 ekor sotong. Dibuang kulit dan dipotong.
11) 1/2 bawang besar dihiris bulat.
12) Segenggam daun ketumbar dihiris
Caranya:
1) Masak air hingga mendidih dan masukkan bahan 2 ~ 4, kecilkan api dan masak selama 20 minit.
2) kemudian keluarkan bahan 2 ~ 4, dan seterusnya masukkan bahan 5 ~ 8. Masak atas api yg kecil selama 5 minit.
3) Akhir sekali masukkan pula bahan 9 ~ 12. Masak sekejap je. Bila kepala udang dan ekor hampir bercantum bermakna udang dah masak. Ops jangan lupa masukkan garam secukup rasa.
Selamat mencuba, 😉
Assalamualaikum zanita sedap nmpknya…ni tom yam putihkan…
WaalaikumusSalam Umiejazz… Tomyam putih, sedap..hehehe..
sedapnyer…udang besar tu…geram tgk..meleleh air liur…
Yatie Mokhtar, nanti cubalah resipi tomyam ni, sedap… jgn lupa letak udang yang besar2 ya.. 🙂