Dah banyak hari saya beli parsnip dan hari ini barulah saya buat salad parsnip. Asalnya rancang nak masak sup parsnip dengan cendawan enorki. Tapi sebab dah perap ikan tenggiri dengan rempah kari, saya tak jadilah masak sup. Rasanya lagi sedap makan nasi bersama salad parsnip dengan ikan goreng berempah. 🙂

Walaupun bentuk parsnip ni seakan sama seperti carrot, warna dan rasanya sangat berbeza. Ia berbau harum dan sedap dimakan mentah. Parsnip kaya dengan zat nutrien dan serat. Ia membantu mengawal paras gula dalam darah, mengurangkan paras kolesterol, mengurangkan risiko osteoporosis, membantu penghadaman, mencegah dan merawat anemia terutama semasa mengandung.

Salad parsnip dan ikan tenggiri goreng berempah sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau dinner 🙂
image

image

image

image

image

Bahan-bahan salad:

1) 1 batang parsnip di sagat kasar. Bahagian tengah dibuang kerana ia bersabut.
2) 1/2 biji tomato dan 1/2 biji lada benggala merah di potong kiub.
3) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis.
4) 3 tangkai daun bawang dihiris.
5) Jus 1/2 biji lemon, 1 tbsp minyak bijan dan 1/2 tbsp madu.
6) Lada hitam dan garam secukup rasa.

Campur semua bahan-bahan salad dan gaul bagi rata. Biarkan selama 30 minit dan barulah hidang.

Ikan tenggiri berempah:
1) 2 keping ikan tenggiri di perap dengan 1″ halia yang ditumbuk hancur bersama garam selama 15 minit.
2) Kemudian gaul hingga rata ikan dengan 2tbsp rempah kari ikan dan perap lagi selama 30 minit.
3) Goreng ikan dalam minyak yang sedikit. Semasa menggoreng kecilkan api dan tutup kuali supaya ikan cepat masak.

Jom makan, hmm.. menyelerakan 🙂


Health benefits of parsnip

2 thoughts on “Salad Parsnip & Ikan Tenggiri Berempah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s