Jeruk halia

Pagi ini apa kata kita tengok pulak resipi jeruk halia. πŸ™‚
–Sebagaimana yang kita tahu halia banyak mengandungi khasiat untuk melancarkan perjalanan darah, boleh melegakan rasa mual dan loya, membuang angin dalam badan, membantu proses penghadaman dan merawat kekejangan perut dan badan juga akan merasa selesa dan ringan.

Minggu lepas saya membuat jeruk halia. Nak buat jeruk ni kena guna halia muda baru sedap sebab ia tak bersabut dan kurang rasa pedas.

image
Saya guna epal dan pear sebab saya tidak masukkan gula untuk jeruk halia ini.

image

image

Bahannya:
1) 3 cawan air
2) 1/4 cawan garam kasar himalayan
3) 1 biji epal dihiris nipis
4) 1 biji pear dihiris nipis
5) 1/4 cawan cuka epal
6) 1 mangkuk halia muda, potong ketul2 sederhana besar. Lupa pulak nak timbang hehe..
7) Segenggam cili padi.
8) 6 ulas bawang putih dihiris nipis.

Caranya:
1) Masukkan 3 cawan air, garam, epal, pear dan cuka ke dalam periuk. Masak atas api, bila mendidih kecilkan api dan masak selama 25 minit.
2) Bila dah tutup api keluarkan epal dan pear dan masukkan halia, cili dan bawang putih dan biarkan dalam periuk sehingga sejuk. Periuk jangan ditutup.
3) Dah sejuk boleh masukkan halia ke dalam balang kaca dan tutup balang. Supaya jeruk halia tahan lama selepas 24 jam, keluarkan air jeruk ini dan masak semula selama 10 minit diatas api yang kecil. Bila sejuk tuang semula kedalam balang tersebut dan simpan di dalam peti sejuk. Sedap di makan selepas seminggu, insyaAllah.

*Biasanya halia muda tak tahan lama walaupun di simpan dalam peti sejuk. Ia mudah kecut dan khasiatnya banyak akan berkurangan.

Halia akan ranggup dengan menggunakan garam secukupnya seperti mana resipi yang diberi.

Ok…. resipi sudah diberi, apa kata yang membaca ni cubalah membuatnya dan jangan lupa komen yaa.. πŸ™‚

Acar Cili

Dua hari lepas saya telah balik ke kampung suami di Gerik, Perak. Di sana saya berkesempatan bertemu dgn kak teh yg telah memberikan saya resipi ini. Terima Kasih Kak Teh. πŸ™‚

Maka saya namakan resipi ini “Acar cili kak teh”

Hari ni saya nak kongsi resipi ni dengan anda
jom..

image

image

Terlebih dahulu rendam 2 genggam asam jawa bersama 3 cawan air. Ramas asam jawa dan tapis.

Bahannya:

1) 1 kilo cili hijau yang tua
2) 1/4 kilo halia muda di hiris bulat
3) 1/2 kilo bawang putih
4) 2 cawan minyak
5) 10 tangkai daun kari
6) 3 sudu besar Β jintan putih
7) 3/4 sudu besar jintan manis
8) 2 sudu besar biji sawi
9) 2 sudu besar halba
10) Gula dan garam secukup rasa
11) 1 sudu besar serbuk kunyit
12) 2 ketul asam jawa (1/2 kilo)

Caranya:
1)Β  Panaskan minyak dan goreng halia hingga kuning angkat dan toskan
2)Β  Goreng bawang putih hingga kuning dan toskan
3) Cili hijau dibelah tengah, jgn bagi putus. Tujuan supaya nanti cili akan rasa lebih sebati bersama asam. Goreng sehingga nampak layu dan toskan.
4)Β  Minyak yang sedia ada digunakan untuk tumis jintan putih, jintan manis, biji sawi dan halba hingga kekuningan dan masukkan daun kari dan serbuk kunyit.Β  Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam. Masak di atas api yang kecil hingga pekat. Kemudian masukkan cili, halia dan bawang putih. Tutup api. Bila sejuk boleh masukkan ke dalam balang botol.

Saya dah cuba resipi ini, memang best.

image

Satu balang untuk saya dan keluarga. Dua lagi untuk ibu mertua dan adik ipar saya..

khasiat asam gelugur

Awal pagi ini saya ke pasar tani dan nampak pucuk daun asam gelugur dan saya belilah 2 ikat. Pucuk asam gelugur, agak tebal daunnya. Daun dan bunga asam gelugur ini memang sedap kalau dibuat kerabu kerana rasanya lemak, sedikit manis, agak kemasaman dan kelat. Rancangan asal nak buat kerabu daun asam gelugur untuk makan tengahari, tapi tak jadilah pulak sebab ternampak pisang muda.. so tukar menu. πŸ™‚

Semasa di pasar tani tadi saya juga beli umbut kelapa. Jadi saya buat je salad umbut kelapa dengan daun asam gelugur, hmm.. sedap jugak πŸ™‚

image

Buah asam gelugur, daun dan bunga dapat menurun tekanan darah tinggi, merawat kencing manis, sakit jantung dan membantu mengurangkan kolesterol.
image

image

Buah asam gelugur ini boleh membantu menurunkan berat badan kerana ia membendung selera makan. Hmm… ini sangat menarik kerana boleh jimat wang. Tak perlu beli produk yang mahal untuk kuruskan badan, hehe. Bukan itu je, ia juga boleh menyingkirkan lemak badan dan menggalak penghadaman.

Updated: Rendam 1~2 keping asam gelugur ke dalam 1 cawan air panas selama 5~10 minit. Pastikan cawan ditutup. Bila dah suam2 kuku boleh masukkan madu kalau suka. Jangan maniskan dengan gula πŸ™‚
Boleh juga direbus asam gelugur
Minum semasa perut kosong, 2 atau 3 kali sehari. Semoga berjaya, insyaAllah.

Selain dari itu daun dan buah asam gelugur boleh dibuat pes dan ditampal ke atas perut wanita yang baru lepas bersalin bagi mengembalikan badan kepada bentuk asal.

Buah asam gelugur, daun dan bunganya kaya dengan antioksidan jadi ia boleh bertindak untuk awet muda.

Weight loss

Garcina cambogia

Rempah ratus-Ong hean chooi