Dah lama tak minum teh herba lemon balm. Baru2 ni beli pokok lemon balm dekat sungai buloh, bila pokok ni dah biak dan matang cadang nak keringkan daun2 lemon balm ni. Bila ada dalam stok senang le bila2 masa boleh minum. Pokok ni tak mahal, cuma RM 10.50 je. Tapi khasiatnya tak padan dengan harganya.

image
(Daun lemon balm juga digunakan sebagai penghalau serangga)

Herba Lemon Balm sering kali di gunakan bagi merawat kesihatan yang merosot. Kajian saintifik mengesahkan bahawa lemon balm mempunyai manfaat bagi menenangkan saraf dan merangsangkan tidur dengan lena kerana ia juga bertindak sebagai sedatif.
image
Selain dari buku ini, saya juga rujuk di internet.

Lemon balm dikatakan mempunyai kesan tonik pada sistem jantung dan peredaran darah serta menurunkan tekanan darah. Kandungan selenium yang tinggi membantu mengawal fungsi tiroid dan meningkatkan sistem imun, juga dianggap rawatan anti virus yang berkesan kerana terdapat tanin polifenol dalam herba ini.

Selain di gunakan sebagai penawar sakit kepala dan rasa loya, senak perut, herba ini juga digunakan sebagai teh untuk merangsangkan haid di kalangan wanita yang mempunyai masalah kitaran haid dan juga amat berguna bagi wanita yang hampir menopaus. Dikatakan juga kajian mendapati lemon balm boleh di manfaatkan bagi rawatan alzheimer dan kemurungan.

Kalau selalu terasa stress je, minum le teh herba ni. Ambil 4 atau 5 helai daun segar dan rendam didalam secawan air panas selama 10 minit. Pastikan cawan ditutup semasa lemon balm direndam. Semoga perasaan terasa tenang, insyaAllah.

Bagi wanita yang mengandung dan menyusu serta mereka yang menghidap penyakit glaucoma, dinasihatkan tidak mengambil herba ini.

9 thoughts on “Khasiat Lemon Balm

  1. Bila balik beraya d kampung, puan tentu takde masalah dgn nyamuk kalau bawa bersama sepasu pokok lemon balm ni hehehe..

      1. Saya beli herba lemon balm di nurseri pokok..
        Dikatakan minyak kelapa dara (kalau boleh dptkan yg organik) dapat membantu merawat masalah thyriod.. inshaaAllah

    1. Saya tak pasti masih ada ke tidak di tempat ini, tp bolehlah cuba tengok kot2 masih ada.. inshaaAllah.
      Justlife,
      Ikano Power Centre
      Lg 27 & 28
      Jln PJU 6/2 Petaling jaya

Leave a comment