Bila suami kata dia kurang suka daun kaduk dan tolak mangkuk sayur tu ke depan saya, hati saya berkata “bestnya”! 😀
Hanya saya seorang je yang suka makan daun kaduk dan masakan ini, hahaha…
Biasanya daun kaduk dimakan sebagai ulam mentah atau dicelur. Air rebusan selalunya diminum bagi merawat masalah penghadaman, menurunkan suhu badan kerana demam panas dan juga untuk mengatasi masalah angin dalam perut dan usus.
Bahan-bahan:
1) Semangkuk Pucuk muda daun kaduk
2) 2 tbsp biji bijan, ditumbuk bagi pecah bijan
3) 1/2 cawan air
4) 1/2 tsp serbuk kasar cili kering
5) Sedikit serbuk jintan manis
6) Sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
7) 1/2 cawan santan pekat atau santan kotak kara.
Masak semua bahan 2~6 hingga mendidih. kemudian masukkan daun kaduk dan akhir sekali masukkan santan. Bila dah mendidih bolehlah tutup api. Jangan dibiarkan lama atas api nanti akan naik minyak, tak sedap…
Untuk masakan ini, citarasa kami berbeza.. 😉
dulu2 zaman kecik2 buat gulai lemak kaduk ngan siput …
.
.
skrg ni kalau teringin … buat ngan kerang … (air liur dah meleleh ni )
Sedap tu Chik Att… :). 🙂
Blm pernah cuba pucuk kaduk dimasak mcm ni… Perlu dicuba utk tahu rasanya…terima kasih atas ilmu..
Betul tu Azian, kalau tak cuba tidak akan tahu rasanya … selamat mencuba. 🙂