Ahli pemakanan mengatakan, sayur-sayuran perlu dijadikan sebahagian besar daripada diet harian kita dan salad adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang berlainan jenis mengandungi gabungan nutrien yang berlainan, jadi makan banyak jenis sayuran salad akan memberi banyak manfaat kepada sel-sel badan dan kesihatan.
Makan salad adalah cara mudah untuk kurangkan kalori. Diet yang tinggi serat ini boleh membantu mengurangkan berat badan, menurunkan paras kolesterol, merawat sembelit dan mencegah daripada pelbagai penyakit seperti masalah jantung dan tekanan darah…
Saya juga suka memasukkan minyak zaitun atau minyak bijan ke dalam hidangan salad kerana ia akan membantu meningkatkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan dan juga menambahkan rasa sedap pada salad… 🙂
Bahan-bahan:
1) 4 helai daun Perilla dimayang halus. Daun ini bila dihiris mengeluarkan bau yang agak kuat. Saya suka bau dan rasanya yang unik.
2) Segenggam daun Arugula
3) Segenggam daun Mizuna
4) 8 biji tomato ceri dibelah tiga
5) 1/2 labu bawang besar dipotong kiub
6) 1 tbsp minyak zaitun
7) 1/4 tsp serbuk jintan manis
8) 1 tsp madu dan jus dari 1 biji lemon
9) 1/2 tsp serbuk kasar cili kering, lada hitam dan garam secukup rasa.
Campur bahan 6~9 dan gaul hingga sebati dan kemudian masukkan semua bahan 1~5 dan gaul hingga rata.
Salad ini sesuai dimakan bila-bila masa dan sangat berkhasiat.
Jom kita amal makan salad! 🙂
setuju dengan apa yang Kasih katakan..cuma kalau sedari kecil tidak diamalkan tabiat makan sayuran nie..memang payah lar nak tolak masuk lalu tekak tu.. =P
saya lebih suka tomato, timun dan lettuce je kalau buat salad..tu pun nak letak mayonis (mcm mana nak diet kalau mcm nie..) 😉
Nurhayyu, cuba try yang ni pulak.. bila masukkan serbuk jintan manis memang sedap!
Kasih memang dah biasa amalkannya eh…patutlah berseri 😉
Tak pernah tengok kasih, macam mana boleh kata kasih berseri.. 🙂
Thanks jenguk blog kak. Belum pernah lihat dedaun ini, penuh berkhasiat ya…
Sama2. Blog Treat and Trick sangat menarik! Ya, dedaun ini berkhasiat dan baik untuk kesihatan badan… 🙂
mane nak dapt daun2 ni kak..xpernah dengar pun namenye ape lag jumpe..
anie, biasanya daun2 ni boleh didapati di pasar tani dan setengah tu di supermarket. 🙂
Mana dapat daun perilla tu ye?
Di supermarket Isetan, KL… Mungkin tempat lain pun ada juga kot.