Pada waktu petang saya ke Seoul Tower, yang terletak di tengah kota Seoul, lebih tepat di Namsan Park. Ketinggian Seoul Tower adalah melebihi 480 meter, tetapi observation tower di situ hanya 370 meter tinggi atas paras laut. Jika cuaca baik dan tiada pencemaran udara, kita akan dapat melihat keseluruhan bandaraya Seoul dan kawasan sekeliling. Disitu juga ada Fairy Land dan Global Village Folk Museum. Tiket ke Observatory Tower harganya 5000 Won atau lebih kurang RM 15, tetapi kalau harga pas ke tiga tempat adalah 9000 Won. Untuk naik ke atas kita perlu berjalan mendaki bukit sedikit kerana bas berhenti agak jauh. Anyway, it is a very good exercise.
Dari Seoul Tower saya dan rombongan dibawa ke Restoran Korea yang terkenal dengan makanan tradisi korea.
VIEWS FROM OBSERVATORY TOWER
KOREAN TRADITIONAL DANCERS IN HANBOK DRESS
TRADITIONAL MUSICAL PERFORMANCES
THE TRADITIONAL DINNER AMBIENCE
KOREAN FOOD
To my mind, this was a really memorable evening, something that I will cherish for a long time. 🙂