Gyeongbok adalah istana pertama yang dibina oleh Dinasti Joseon. Istana ini adalah yang paling besar dan terhebat diantara lima istana yang terbina pada zaman itu. Istana Gyeongbok telah dibina pada abad ke-14 dan telah musnah beberapa kali, setiap kali ianya dibina semula. Ia terletak di tengah-tengah ibu kota Korea, Seoul. Pintu masuk utama ke Istana Gyeongbok ialah Gwanghwamun Gate.
GWANGHWAMUN GATE
Kawasan istana ini sangat luas dan kami hanya meluangkan masa selama 1 jam untuk bersiar-siar dan mengambil gambar di persekitarannya. Tempat ini amat cantik, terdapat tasik, ada juga istana kecil di tengah tasik. Rekabentuk istana ini memang amat menarik; pembinaan yang begitu teliti. Sebenarnya kita perlu lebih banyak masa jika betul-betul mahu melihat keindahan keseluruhan kawasan istana ini…