Pagi tadi saya ke Bukchon Hanok Village yang terletak di satu kawasan di antara Gyeongbokgung Palace dan Changdeokgung Palace.Tempat ini adalah lokasi yang popular untuk penggambaran filem dan drama TV Korea. Di era Joseon, tahun 1392-1910, tempat ini didiami oleh kerabat Diraja dan orang bangsawan. Kini ada lebih kurang sembilan ratus rumah-rumah tradisi Korea di kawasan ini.
PEMANDANGAN DI SEKITAR BUKCHON HANOK VILLAGE.
Rumah-rumah di sini dihuni, jadi kawasan ini tidaklah sunyi. Letih juga berjalan-jalan melihat Bukchon Hanok Village ini kerana kawasan ini dibina di lereng bukit. Kelihatan ramai juga pelancong turut mengambil gambar di kawasan ini…