Bila saya tanya pada suami, sedap tak sambal herba ini?
Katanya, “oookay”
Anak-anak kata, “kuat betul terasa herbanya”

Pada saya pula, sedap dan menyelerakan haha….
.
.
.
Hanya saya seorang je yang suka sambal herba ini, hehehe…

image

SAMBAL HERBA
image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk besar daun muda belinjau yg telah dihiris
2) 1 mangkuk kecil daun kaduk yang telah dihiris
3) 1 mangkuk kecil daun putat yang telah dihiris
4) 2 labu bawang besar dipotong kiub
5) 25 tangkai cili kering dibuang biji dan dikisar. Cili kering ini kurang pedas.
6) 4 ulas bawang putih di cincang
7) air asam jawa
8) gula molasses & garam secukup rasa.

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.
2) Masukkan cili kering yang telah dikisar dan masak sehingga terbit minyak dan cili kelihatan gelap dan pekat
3) Masukkan gula, garam dan sedikit air asam jawa
4) Masukkan daun2 ulam, besarkan api dan kacau sehingga nampak pekat.

Daun kaduk mengeluarkan bau dan rasa herba yang kuat bila dimasak lama. Jadi kalau tak suka boleh kurangkan ulam ini ke dalam sambal atau ganti dengan ulam lain. Tapi bagi saya yang suka daun kaduk, masakan ini memang sedap.

Suka sambal herba ini bila dihidang dengan ikan masin.

4 thoughts on “Sambal Herba

  1. As Salam Kasih,
    agaknya Kasih nie dari kecik lagi dah biasa makan ulam dan herba iya..?
    saya ‘hantu’ tomato dan jagung..kalau dah namanya cili atau yang sewaktu dengannya memang saya senyum dari jauh… 😉

    1. WaalaikumusSalam Nurhayyu. Ibu saya seorang wanita yang suka mkn ulam dan herba dan juga pandai buat pelbagai jenis ubat. Saya cuma mewarisi tabiat pemakanannya, hehe… buat ubat tak pandai. 😦

  2. MasyALLAH…
    sepatutnya dibukukan segala ilmu agar turun temurun ke anak cucu..
    lalalalala…saya nie pandai je cakap…kalau dulu nenek kata daun yang nie..nie boleh buat ubat…sampai sekarang nenek dah takde daun apa..rumput apa..saya pun tak tau…*tepuk dahi..tongkat pipi… 😦

    1. Betul tu Nurhayyu tapi bukannya mudah nak bukukan. Ibu saya berlajar bertahun2 mengenai pelbagai jenis akar kayu, saya sangat berminat tapi tk mampu menjadi sehebat ibu saya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s