Dah lama saya tak buat nasi ayam. Kadang-kadang tu bila terasa nak makan nasi ayam beli juga di gerai dekat rumah yang sememangnya sedap.
Sebenarnya nak masak nasi ayam ni mudah dan kebanyakkan resipi lebih kurang sama saja. Kata kawan saya, kalau nak sedapkan nasi ayam, mesti kena guna marjerin. Tapi saya pulak lebih suka gunakan minyak sapi dan mentega.
Baru-baru ini, saya sediakan nasi ayam untuk keluarga. Mmm… Seronok masak sendiri, bila kita tengok keluarga makan bertambah-bertambah. πŸ™‚

Resipi di bawah nampak je panjang tapi senang saja masaknya…

 

1448527416331

 

Bahan Sup:
1) 1 ekor ayam kampung dipotong kecil
2) 1 batang serai diketuk
3) 1 sup bunjut
4) 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih & 2 biji buah pelaga.
5) 5 ulas bawang merah dihiris nipis dan 3 ulas bawang putih dicincang

6) 8 ulas bawang putih ditumbuk hancur
7) Kicap

Cara:
1) Rebus ayam dengan air secukupnya. Masukkan sup bunjut dan serai.
2) Tumis bahan 4 dan 5 sehingga bawang kekuningan dan kemudian tuang bahan tumis ini ke dalam rebusan ayam.
3) Bila dah masak baru masukkan garam.
4) Kemudian toskan ayam.
5) Lumur ayam dengan bawang putih yang telah ditumbuk, campur kicap dan sedikit garam dan perap selama 1 jam. Goreng ayam seperti biasa atau bakar dalam oven.

Bahan nasi:
1) 3 cawan beras. Saya guna beras basmati, basuh dan toskan
2) Sup ayam & 1 helai daun pandan disimpul
3) 1 1/2″ halia dihiris
4) 3 ulas bawang putih dicincang halus
5) Minyak sapi untuk menumis
6) 1 sudu besar mentega

Cara:
1) Masukkan beras, daun pandan dan sup ayam secukupnya ke dalam rice cooker
2) Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan dan akhir sekali masukkan mentega.
3) kemudian masukkan bahan tumis ke dalam beras dan kacau rata.
4) Bila dah masak pastikan nasi digemburkan.

Bahan sos cili:
1) 4 biji cili merah & 1 cili padi
2) 1/2 biji tomato
3) 2 ulas bawang putih
4) 1/3 cawan sup ayam
5) 1 1/2 sudu besar sos cili
6) Sedikit halia dan garam secukup rasa.
Kisar semua bahan.

Bahan sos kicap:
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
Kicap cap kipas udang
1/3 cawan sup ayam
Satukan semua bahan.

Bahan hiasan:
1) Tomato
2) Daun salad
3) Timun
4) Bawang goreng
5) Daun sup & daun bawang

Jom jamu selera. πŸ™‚

Advertisements

4 thoughts on “Nasi Ayam

  1. Memang sedap masakan nasi ayam aunty. Oh ya nak tanya macam mana ya aunty buat bawang goreng yg sangatlah sedap & rangup ? Yani buat lama-lama layu jadinya πŸ™‚

    1. Terima kasih Yani. Aunty rasa jenis bawang merah tu sebab selama ni aunty buat tidak sesedap dan rangup macam tu. Aunty tak masukkan apa2 dalam bawang tu. Masa nak beli bawang merah di pasar tani hari tu aunty nampak banyak jenis, so beli yg mahal sekali, tapi tak la mahal sangat pun.. πŸ™‚

  2. As Salam, Kasih..
    Nasi ayam ye..baru juga buat nasi ayam hari tu..tapi tak guna spice..
    Apa-apa pun yang penting ikhlas, bersih, halal dan….LICIN πŸ˜€

    Yani, kalau pasal bawang tu kena goreng api perlahan, goreng jangan sampai hangus tapi mesti brown betul jangan angkat kalau masih nampak layu. Biarkan sejuk baru masukkan dalam balang kaca. Boleh tahan lama. Insya’ALLAH, tak payah campur apa-apa pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s