Aroma daun limau purut sangat menyegarkan dan harum. Walaupun daun ini tidak dimakan namun ia sering digunakan sebagai perisa makanan selain mempunyai pelbagai kegunaan perubatan.
Semalam saya masak daging kicap, menu kesukaan anak. Buat pertama kali, saya masukkan daun limau purut untuk memberi kelainan pada rasa. Kata anak saya, “sedaplah mama.” 😉
Bagi mereka yang suka pada bau dan rasa daun limau purut, bolehlah try resipi simple ini.
Bahan-bahan:
1) 200g daging lembut (batang pinang) dihiris nipis
2) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3) 2 labu bawang besar. Tiap satu dibelah empat
4) 7 tangkai cili kering dihiris & buang biji
5) 4~5 helai daun limau purut dihiris
6) Kicap lemak manis dan garam secukup rasa
Caranya:
1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga bawang putih kekuningan dan kemudian masukkan cili kering
2) Masukkan daging dan daun limau purut dan goreng sehingga air daging hampir kering
3) Akhir masukkan kicap dan garam secukup rasa
♡ makan panas-panas dengan nasi putih 🙂
Salaam, Kasih..
Lamanya tak komen kat blog nie..
Sangat suka makan daging kicap…bertambah pula dengan aroma daun limau purut…Wah, terbaik..! Lain kali kena cuba pula bubuh hirisan daun limau purut nie…
Thank you 🙂
WaalaikumusSalam Nurhayyu..
Cubalah daging kicap & daun limau purut, sedap!
Terima kasih Nurhayyu. 🙂
Assalam, tkasih kongsi resipi..boleh sy cuba utk mkn mlm ni 🙂
Waalaikumussalam. Sama2 Ena.
semoga suka dgn masakan ini… 🙂