Saya selalu perasan dalam drama korea yang orang korea suka sangat makan Tteok. Tteok adalah kek beras kukus yang sangat popular terutama dikalangan rakyat Korea. Ia diperbuat dari beras pulut (beras sushi) dan sering digunakan sebagai bahan untuk pelbagai jenis masakan Korea. Rasanya kenyal dan tteok biasanya dimasukkan ke dalam sup, direbus dengan sos cili peram, digoreng dengan sayur dan sebagainya. Pada pandangan saya tteok ini juga sedap dimakan cicah dengan madu.

Beras Sushi

image

image

image

image

Tteok
image

Bahan-bahan:

1) 2 cawan beras sushi direndam semalaman dan kemudian toskan
2) 1 cawan air mendidih
3) 1/2 sudu teh garam
4) 1 sudu teh minyak bijan

Cara:
1) Beras yang telah ditoskan dikisar halus dan diayak
2) Panaskan air dalam periuk pengukus sehingga mendidih diatas api yang besar dan kemudian alas pengukus dengan kain muslin atau kertas minyak
3) Masukkan 1 cawan air panas ke dalam tepung beras dan kacau rata.
Kemudian kukus selama 25 minit
4) Selepas dikukus masukkan doh beras ke dalam mesin penguli. Uli selama 10 minit. Sekiranya tidak ada mesin penguli, doh ini perlu diketuk dan diuli berkali-kali sehingga ia menjadi kenyal, anggaran masa selama 30 minit ( Pertama kali saya buat tteok tanpa menggunakan mesin penguli, pedih juga tangan sebab doh beras panas)
5) Ketika ini doh masih lagi panas, keluarkan dan uli sekejap dengan tangan di atas papan pemotong (cutting board) yang telah di sapu dengan minyak bijan.
6) Kemudian potong doh kepada beberapa ketul
7) Uli bentuk silinder seperti gambar di atas.
8) Sapukan sedikit minyak bijan pada setiap tteok agar tidak melekat
9) Boleh disejuk beku untuk kegunaan kemudian.

Resipi tteok ini diambil dari blog maangchi. Maangchi adalah seorang rakyat Korea yang menetap di Amerika. Blognya sangat popular dengan masakan Korea.
Saya olah sedikit cara membuat tteok dengan menggunakan mesin penguli.

8 thoughts on “Tteok

  1. Dah macam nasi himpit…iye ke?

    Terjah dulu, salamnya terlepas…minta ampun..
    Assalaamu’alaikum πŸ™‚

    1. Waalaikumussalam. tteok ni kenyal dan rasanya lain sebab d buat dari beras pulut (sushi). Cara makan mcm nasi himpit, maknanya tidak d mkn begitu saja..tp cicah dgn madu sdap jugak! πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s