Assalamualaikum
Terasa masa berlalu begitu pantas, dari setahun ke setahun dah nak masuk semula bulan ramadan yang penuh dengan keberkatan. Semoga kita semua dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna dan diterima Allah. Sesungguhnya ramai yang menunggu-nunggu saat ini kerana Allah swt. akan kurniakan ganjaran pahala ibadah berlipat kali ganda..
Mungkin ada suri rumah yang sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan menyambut ramadan. Yelah, kalau boleh semasa puasa nanti sekurang-kurangnya badan tidaklah terlalu letih nak siapkan itu dan ini atau terkejar-kejar masa dalam kesibukan nak selesaikan segala urusan. Semoga persiapan awal dapat membuat minda berasa tenang dan badan terasa segar ketika melakukan ibadah puasa nanti, inshaaAllah.
Jom intai resipi, Eryngii Dill 🙂
Bahan-bahan:
1) 400g cendawan eryngii dihiris
2) 5 ulas bawang putih dengan kulit diketuk dan dicincang
3) 1 biji tomato dihiris kiub kecil
4) 1 tsp serbuk ikan bilis maggie
5) 1/2 tsp dill kering
6) Serbuk kasar lada hitam
7) Garam
Cara:
1) Tumis bawang putih hingga kuning
2) Masukkan cendawan eryngii dan tomato. Besarkan api dan goreng sehingga masak dan kering
3) Kemudian masukkan lada hitam, serbuk ikan bilis dan herba dill kering. Kacau sehingga rata
4) Akhir garam secukup rasa.
5) Kalau suka pedas boleh saja masukkan cili semasa tumis bawang putih.
Selamat mencuba