Assalamualaikum..
Sudahkah rancang apa nak masak untuk iftar nanti? Mungkin boleh cuba menu iftar ini – nasi kerabu goreng dengan ayam goreng daun limau purut.
Agak lama juga, saya tidak masak nasi kerabu goreng. Jadi semalam saya hidangkan menu ini pada keluarga. Seperti biasa saya suka masukkan ikan kurau masin selain dari pelbagai jenis ulam. Tetapi ini terpulang pada citarasa anda, kalau tidak suka atau tiada stok ikan masin di rumah boleh saja ganti dengan ikan bilis ataupun daging, sedap juga! Selain itu saya juga suka, kalau dapat masukkan sayur kacang panjang ke dalam nasi kerabu goreng. Untuk kali ini saya tidak masukkan kacang panjang sebab tiada stok.
Semalam kami sekeluarga makan nasi kerabu goreng bersama ayam goreng daun limau purut. Mmm.. begitu menyelerakan! 😀
Untuk resipi sila klik link di bawah:
Just like to thank you.
Thank you. 🙂